Dato Amar Diraja Selangor - Penghulu Adat Istiadat Negeri Kesultanan SelangorWan Muhammad Amin bin Wan Muhammad Said merupakan Dato’ Amar Diraja, Penghulu Istiadat Selangor Negeri Selangor semasa era pemerintahan Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa.

Dato’ Amar Diraja telah menulis beberapa buah buku antaranya Kenang-Kenangan Selangor, yang mengandungi buku salasilah dan adat istiadat pemerintahan Kesultanan Selangor.

Buku ini diterbitkan pada bulan Julai 1937 oleh The New Klang Press, Edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1966)) dalam tulisan Rumi, dengan judul Pusaka Selangor dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad.