Tags

Tengku Ampuan Besar Bariah Of TerengganuTengku Ampuan Bariah binti Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah merupakan Tengku Ampuan Besar Terengganu 1979 – 1998 dan merupakan suri singgahsana kepada Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj. Merupakan adinda kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan berikut adalah senarai kanda dan adinda Tengku Bariah.

Y.A.M. Tengku Laksamana Selangor – Tengku Badli Shah Al-Haj
Y.A.M. Tengku Bendahara Selangor – Tengku Datuk Azman Shah Al-Haj
Y.A.M. Tengku Besar Putra Selangor – Tengku Ismail Shah Al-Haj
Y.A.M. Raja Puan Muda Kedah – Tengku Sharifa Raudzah
Y.A.M. Tengku Taksiah

Tengku Bariah dilahirkan pada 31 Ogos 1933 di Klang, Selangor, hasil perkahwinan Tengku Laksamana Alam Shah [ kemudian bergelar Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah ] bersama surinya iaitu Cik Puan Kalsum Bt Mahmud.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Klang, kemudian ke Melayu College Girls ‘(kini dikenali sebagai Tunku Kurshiah College), Kuala Lumpur, dan kemudian Cuckfield Park College.

Tengku Ampuan Bariah Of TerengganuPada 22 Mac 1951, Tengku Bariah telah bertemu jodoh dengan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud Sultan Ismail Nasiruddin, yang pada ketika itu bergelar Yang di-Pertuan Muda Terengganu, di Kuala Lumpur. Maka Tengku Bariah bergelar Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Muda Terengganu pada 7 April 1954.

Ketika Tengku Mahmud menaiki takhta Kerajaan Terengganu sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1979, maka Tengku Bariah menjadi suri singgahsana Negeri Terengganu sebagai Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979. Setelah kemangkatan Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj pada tahun 1998, maka takhta Kerajaan Terengganu digantikan oleh anakanda tiri Tengku Bariah iaitu Tengku Mizan Zainal Abidin. Kemudian Tengku Bariah dikenali sebagai Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Terengganu.

Tengku Ampuan Bariah telah kembali kerahmatullah pada 21 Mac 2011 di Hospital Seri Kota, Klang, dan telah dikebumikan di Makam Diraja berhampiran Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Kuala Terengganu.