Tags

,

Sultan Musa Of SelangorSyair Tabal Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Musa Ghiathuddin Ri’ayat Shah Ibni Almarhum Sultan Sir’ Ala’uddin Suleiman Shah, Yang Di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Pada Sunah 6 Zulkaedah 1362 Bersamaan 4 November 1943 yang tercatat didalam buku peraturan-peraturan Adat Istiadat Bersiram Tabal serta Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia.

Syair Sultan Selangor

Mahu Lah Kita Bersatu Hati
Fitnah Ancaman Jangan Di Ikuti
Baik Pun Hidup Ataupun Mati
Serahkan Kepada Rabul-Ezzati

Doa Dan Iktiar Jangan Ketinggalan
Mohonkan Aman Biar Berkekalan
Laut Dan Darat Kesenangan Dijalan
Selagi Peredaran Matahari Dan Bulan

Menjunjung Titah Perintah Yang Di-Pertuan Yang Amat Mulia Tengku Sri Wangsa Dan Dikapit Oleh Dato’ Amar – Penghulu Itiadat Selangor