Tags

, ,

NUKILAN RIWAYAT MOYANG NENDA ALMARHUM SULTAN ALAUDDIN SULEIMAN SHAH - SULTAN SELANGOR KE 5Telah ditetapkan pada 13 Maharram 1347 bersamaan 2 Julai 1928 dengan Titah Paduka Sri Sultan Selangor yakni Almarhum Sultan Sir’ Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang akan diamalkan didalam Negeri Selangor Darul Ehsan.

Peraturan Nasihat:-

Maka telah ditetapkan didalam perhimpunan mesyuarat Raja-Raja, Orang-Orang Besar Negeri Selangor yang telah dibenarkan dan di sahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Tuanku Sultan Ala-Uddin Suleiman Shah, K.C.M.G., Yang Di-Pertuan Negeri Selangor.

Pada 13 muharram, tahun 1347, bersamaan dengan 2 julai, tahun 1928.

Bahawa adalah peraturan-peraturan nasihat yang terkandung didalam surat ini akan dijalankan diatas mereka yang menerika pangkat gelaran pegawai jabatan bagi Raja Kerajaan laki-laki dan perempuan.

Bermula hendaklah mereka itu melafazkan seperti yang di sebut dibawah ini.

1. Bahawa saya tiada memperbuat pekerjaan dzalim diatas Raja Keraja’an dan pada yang sama menerima ikatan setia ini, sama ada pada nyawanya atau badannya atau hartanya. Insyallah.

2. Bersungguh-sungguh saya memeliharakan maruahnya dan memelihara kemalu’annya sama ada pada dirinya dan ahli-ahlinya.

3. Saya perkenankan boleh mendatangkan perkhabaran kepada saya jika ada perbuatan saya yang tiada berbetul’an dengan Shariat dan Adat atau barang yang tiada sedap kepada hati tingkah laku saya atau ahli-ahli saya maka iaitu bibaslah berkata-kata kepada saya pada tempat yang patut dan pada masa yang patut dengan kelakuan yang patut.

Pengakuan Setia :-

Maka hendaklah dilafazkan jua, kata’nya ” Taat-lah saya ikut amalkan sebagaimana yang tersebut didalam peraturan nasihat setia ini”

Peraturan Nasihat Bagi Ikatan Raja-Raja dan Panduan Orang Besar akan bersambung dibahagian kedua (2)

Sumber

Arkib Negara Malaysia