Sultan of Selangor-Wangsa Mahkota Selangor-Ku AlamPersidangan Raja-Raja Melayu Pertama yang bersidang pada tahun 1897 di Astana Negara, Kuala Kangsar merupakan titik tolak didalam membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan perbincangan dasar-dasar didalam negeri yang dibawa oleh Raja-Raja Melayu dan Pembesar Negeri untuk memastikan pembangunan negeri dan kemajuan tanpa membelakangkan nilai-nilai Orang Melayu yang beragama Islam yang merupakan Tiang Seri Negeri.

Berikut merupakan cebisan usul hal ehwal yang dibawa didalam persidangan Raja-Raja Melayu yang bersidang pada tahun 1930. Ianya dibawa oleh Pemerintah Negeri iaitu Raja Yang Dipertuan Jajahan Takluk Negeri Selangor – Paduka Sri Sultan Sir’ Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa. 

Adalah orang-orang islam [Melayu] yang didalam negeri sebelah sini yang hendak menuntut pelajaran ilmu agama yang tinggi, supaya pandai didalam perkara-perkara agama itu.

1. Adalah hal itu berhajat masing-masing pergi ke negeri Mekah atau di Mesir, sebab masyur kepandaian pelajaran di sana.

2. Maka ada jua di sebelah sini di perbuat oleh orang tempat pelajaran yang di sebut nama sekolah arab seperti yang ada di singapura, pulau pinang dan lain-lain itu . Maka sekolah ini tiada memuaskan hati pada masig-masing sekadar pelajaran budak-budak sahaja melainkan berkehendak pergi di Mekah atau di mesir pula menghabiskan kepandaian menuntut itu.

3. Adalah pelajaran didalam Mesir itu boleh di fikirkan ada dua macam jalan nya.
YANG PERTAMA BETUL MENDAPAT ILMU YANG TINGGI, YANG
KEDUA ORANG-ORANG MUDA MENGIKUT KELAKUAN TABIAT RESAM FIKIRAN MENERU DI SEBELAH SANA.
Maka hal yang yang kedua ini tentu lah bersalahan dengan ini sebelah sini, kerna setengahnya tiada bersetuju kelakuan tabiat resam itu menjadi tiada sesuai hal-hal perjalanan dengan kaum-kaum yang di sebelah sini.

4. Ada pun bangsa-bangsa Melayu yang di sebelah sini jika sekadar menuntut pelajaran ilmu itu sahaja, bagaimana di negeri kita di sebelah sini tiada boleh mengadakan pelajaran ilmu yang tinggi hal agama sebagai Mesir itu.

5. Dan beberapa banyak orang-orang yang di sebelah sini akan berkehendak ilmu yang tinggi seumpama didalam Mesir itu, kerna orang Mesir dan orang sebelah ada satu agama jua.

6. Maka sepatutnya kita fikir kan hal-hala pelajaran itu, adalah sekarang bermacam-macam ilmu dan kelakuan yang ada setengahnya di mana tempat TIADA TAAT PADA PEMERINTAH NEGERINYA DAN SETENGAHNYA MENGACAU HAL-HAL JALAN AGAMA YANG SEBENARNYA, seeloknya pelajaran hal-hal agama ini di pimpin oleh pemerintah negeri didalam negeri sendiri.

Almarhum Sultan Sir’ Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa sememangnya cukup di kenali sebagai Raja yang banyak memperjuangkan hal ehwal mengenai agama, sosial ekonomi rakyat dan lain-lain lagi termasuk jua Sultan Alang Iskandar, Yam Tuan Besar Muhammad dan Sultan Pahang sepanjang persidangan Raja-Raja Melayu diadakan.

Kesimpulannya apa yang di kecapi oleh rakyat dewasa ini mempunyai intipati yang telah lama di perbahasankan dan dibawa oleh Raja Yang Dipertuan Negeri demi kesejahteraan rakyat.