Keris Panjang Berok Berayon - Kesultanan Negeri Selangor

Foto Menunjukkan Keris Panjang Berok Berayon semasa Pertabalan Sultan Alauddin Suleiman Shah sebagai Sultan Selangor ke 5 sekitar tahun 1903.

Keris Panjang Berok Berayun adalah satu satu alat kebesaran Diraja Selangor didalam Adat Istiadat Pertabalan dan kuasanya serta kehebatannya boleh digambarkan dalam baris berikut: –

‘Pantang di Gerak pantang di ayon”
“Bisanya menyenak Hingga ke ubun-ubun”

SULTAN ABDUL SAMAD.11

Sumber : A Sultan’s Letter To Colony Governor – The Straits Times, 25 January 1939, Page 5
Sumber berhubung Rt Hon Sir Cecil Clementi-Smith G.C.M.G. (1840 – February 6, 1916 menjelaskan Only in 1887 was he appointed Governor of the Straits Settlements and High Commissioner till 1893.

Bilahnya dibuat dari besi dipanggil “Lela Rentaka”. Nama Berok Berayon kerna, menurut legenda, keris ini pertama kali ditemui dalam milikan monyet besar (berok) yang berayun dari cabang pokok dan pada masa yang sama menyerang penjalan kaki dan membunuh 99 orang yang melalui jalan tersebut. Tragedi tersebut telah mengempakkan semua penduduk kawasan tersebut. tetapi terdapat seorang telah berjaya membunuh berok tersebut dan mengabil keris tersebut dengan menggunakan kayu lembut sebagai perisai di seluruh badan, dia perlahan-lahan maju ke arah monyet dan dalam perjuangan yang memastikan beliau ditikam dengan senjata tetapi seperti yang dijangka ia kekal tertanam dalam kayu lembut yang dijadikan perisai dibadan. Lantas lelaki itu segera memegang keris dan membunuh monyet.

Sultan Abdul Samad. SULTAN OF SELANGOR, KERIS BERUK BERAYUN

Potret yang memegang Keris Panjang di sebalah kanan Sultan Sir Abdul Samad tidak dapat dijelaskan sama ada ianya merujuk kepada Tunku Panglima Raja Berkat ataupun anakandanya Tunku Panglima Besar Raja Mahmud kerna Tunku Panglima Raja Berkat telah mangkat sekitar tahun 1887.
Sultan Abdul Samad memakai pingat Order of St Michael and St George (KCMG) yang membawa gelaran “Sir” yang dikatakan menerima sekitar tahun1875.

Dari maklumat yang dikumpul, keris pada asalnya dimiliki oleh Raja Berkat atau Raja Muhammad Saman, bergelar Tengku Panglima Raja yang  datang ke Selangor dari Sulawesi pada sekitar tahun 1855.  Raja Berkat telah bersurikan adinda Paduka Sri Sultan Abdul Samad yang bernama Raja Lebar dan dilantik menjadi Penghulu Mukim Kanchang didalam daerah Kuala Langat dan kemudian dilantik sebagai Ahli Majlis Negeri pada tahun 1877.

Keris ini kemudiannya diwarisi oleh anaknya, iaitu Raja Mahmud dan apabila Raja Mahmud pergi ke Mekah pada tahun 1912. beliau menyampaikan keris kepada baginda Paduka Sri Sultan Sir’ Ala’uddin Suleiman Shah dan sebagai balasan Sultan memberinya $ 500 sebagai mahar untuk disimpan bukan untuk dimiliki.

Pada zaman dahulu, jika seorang lelaki yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan dan dihukum mati, atas perintah Paduka Sri Sultan bahawasanya manusia itu akan ditikam dengan keris pada masa itu di Bukit Melawati, Kuala Selangor. Tengku Panglima Raja yang kebetulan tinggal berdekatan disediakan keris beliau berok berayon untuk menjalankan hukuman mati. Replika keris ini jelas di dalam jata Negeri Selangor.

Sumber :
Buku Pertabalan Sultan Selangor ke 8 yang ditulis oleh Y.M Engku Panglima Raja Selangor – Raja Haji Nong Bin Raja Haji Husin Bin Raja Abdul Manan Bin Tunku Panglima Besar Raja Mahmud Bin Tunku Panglima Raja Berkat

Notakaki :
LELA RESTAKA :- Jenis bedil atau senjata api dari jenis kuno dan tidak lagi diketahui ramai akan bentuk dan rupanya; kerana tiada siapa pun yang menyimpannya. Nama­ nama beberapa jenis bedil kuno itu masih terdapat dalam buku-buku yang berunsur sejarah bangsa Melayu. Di antara bedil-bedil kuno dari jenis meriam, yang lebih terkenal pada zaman dahulu dengan sebutan “lela”, terdapat jenis lela rambang, lela rentaka, tahan turut dan sebagainya.