Raja Shahar B Raja Hitam

YM Raja Shahar Bin Raja Hitam yang berpakian lengkap Engku Panglima Perang Kanan Setia Diraja Selangor.
Foto : Dengan izin YM Kay Kamarudin iaitu cucu kepada Raja Shahar

YM Raja Shahar Bin Raja Hitam mula berkhidmat di Astana Mahkota Puri, Klang Semasa era Sultan Hishamuddin Alam Shah sekitar tahun 1940. Di nyatakan bahawasanya Raja Shahar Bin Raja Hitam merupakan ahli keluarga Diraja Selangor yang membuat penempatan di Bernam yang berbenih dari Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah [ Raja Lumu ] iaitu Sultan, Raja Yang Dipertuan Negeri Selangor ke 2.

Kemangkatan Sultan Hishamuddin Alam Shah

Panglima Perang Kanan Setia Diraja Selangor – Raja Shahar Bin Raja Hitam dan Panglima Perang Kiri Setia Diraja Selangor – Raja Hamid Bin Raja Nong ketika mendahului didalam mengiringi Jenazah Almarhum Sultan Sir’ Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah sekitar tahun 1960.

Seperti tradisi yang dipraktikkan terdahulu. Apa jua jawatan yang terdapat didalam Astana akan bermulai dari peringkat bawah. demikian jua Raja Shahar Bin Raja Hitam yang mula berkhidmat Sebagai Bentara kemudian beberapa tahun kemudian diangkat sebagai Penghulu Balai dan seterusnya  bergelar Panglima Perang Kanan Setia DiRaja Selangor bagi mengantikan YM Raja Abdul Hamid Bin Tengku Mahmud Zuhdi.

YM Raja Shahar Bin Raja Hitam telah bersurikan Y.M. Raja Nor Aini [ Ku Aini] Binti Raja Yusuf Bin Raja Juma’at Bin Raja Haji Bot Ibni Almarhum Raja Juma’at Bin Raja Ja’afar.

Surat Perlantikan Raja Shahar Bin Raja Hitam

Kenaikkan pangkat dari Penghulu Dalam ke Pangima Perang Kanan Setia Diraja Selangor.

Panglima Perang Kiri Setia Diraja Selangor

Sumber :

Arkib Negara
Royal Ark Selangor