Tags

Engku Maha Kurnia Bijaya Sri Amar DiRaja Selangor - Engku Maha Kurnia Bijaya Seri Amar DiRaja Selangor – Penghulu Adat Istiadat Diraja Selangor – Y.D.M. Raja Dato’ Haji Abdul Hamid Bin Raja Haji Nong. Lebih dikenali sebagai keluarga Panglima Perang kerna bernih dari Tengku Panglima Raja yang sering berperang semasa era pemerintahan Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah [ Raja Lumu ].

Y.D.M. Raja Dato’ Haji Abdul Hamid Bin Raja Haji Nong merupakan antara orang yang berpengetahuan luas berhubung Adat Istiadat Diraja Selangor dan ketokohannya tidak boleh dinafikan. Tokoh Adat yang perlu diberikan penghormatan dan dijadikan tempat rujukan bagi mereka yang meminati seni warisan adat istiadat diraja.

Ayahanda kepada Engku Maha Kurnia Bijaya Sri Amar Diraja –
Y.D.M Raja Dato’ Haji ‘Abdu’l Hamid Bin Raja Haji Nong,
Engku Panglima Diraja – Y.M. Raja Haji Nong bin Raja Haji Husain dan YAM Tengku Salwa Bt Almahum Sultan Alauddin Suleiman Shah

Engku Panglima Diraja Selangor – Y.M. Raja Haji Nong bin Raja Haji Husin Bin Raja Abdul Manan Bin Tengku Panglima Besar Raja Mahmud Bin Tengku Panglima Perang Raja Barkat dan YAM Tengku Salwa Bt Almahum Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abd Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar Raja Abdullah Ibni Almarhum Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah Ibni Paduka Sri Sultan Salehuddin Iibni Almarhum Raja Chelak.

YDM Raja Dato' Hamid Bin Raja Haji Nong

Foto Perkahwinan Y.M. Raja Dato’ Haji ‘Abdu’l Hamid bin Raja Haji Nong dengan Raja Datin Naharian binti Tengku Indira Bijaya Diraja Selangor – Tengku Khalid Shah di Istana Negara. Foto dengan izin Tok Alang Hamid.

* Untuk makluman, Y.M. Raja Dato’ Haji ‘Abdu’l Hamid bin Raja Haji Nong telah berkhidmat dengan Istana seawal belasan tahun semasa era pemerintahan Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah. Bergelar sebagai Engku Panglima Perang Kiri Setia Diraja Selangor, kemudian bergelar Engku Kechil Tengah Selangor dan seterunya bergelar Engku Maha Kurnia Bijaya Seri Amar DiRaja Selangor sehingga kini.

Insyallah akan dikemaskini maklumat berhubung Tokoh Adat Diraja Selangor – Engku Maha Kurnia Bijaya Seri Amar DiRaja Selangor – Penghulu Adat Istiadat Diraja Selangor – Y.D.M. Raja Dato’ Haji Abdul Hamid Bin Raja Haji Nong

* Temubual dengan Tok Alang Hamid pada 20 Julai 2013 di Kediamannya di Bukit Tinggi, Klang bersama Tengku Ahmad Kharib Tengku Abdullah.