RAJA DATO HJ REDZWARaja Redzwa dilahirkan pada 4 Julai 1926 di Selangor. Merupakan anak kedua Raja Tun Uda Raja Muhammad, TYT Yang Dipertua Pulau Pinang yang pertama dengan Tengku Badariah Bt Almarhum Sultan Sir’ Alauddin Suleiman Shah.

Raja Redzwa amat rapat dengan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak zaman persekolahan dan jua apabila mereka belajar melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan di kolej tentera di Port Dickson.

Raja Dato Redzwa Bin Raja Sir Tun Uda (1)Pernah berkhidmat sebagai Assistant-de-corps (ADC) kepada Sultan Salahuddin Abdul ziz Shah ketika menjadi Pemangku Raja Selangor dan kemudiannya berkhidmat sebagai setiausaha ADC kepada bapanya Raja Tun Uda apabila dia Gabenor Pulau Pinang. Raja Redzwa meninggalkan perkhidmatan kerajaan pada tahun 1969 untuk menyertai sektor swasta dan korporat. Raja Redzwa telah dianugerahkan Bintang kesatria Mangku Negara pada tahun 1981. Setahun kemudian beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Selangor (SMS) dan dilantik sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor dan kemudiannya telah dilantik sebagai Orang Besar Daerah Sepang dengan gelaran Engku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang pada tahun 1992.

Sempena ulang tahun ke-58 Sultan Selangor, Raja Redzwa telah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato ‘Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran “Dato” dan telah dianugerahkan darjah kebesaran persekutaun iaitu Johan Setia Diraja (J.S.D.) pada tahun 2001.

Beliau adalah seorang pemain hoki yang aktif dan mewakili Selangor di pelbagai pertandingan dan juga aktif dalam kerja-kerja amal terutamanya di Daerah Sepang.

Raja Dato Redzwa Bin Raja Sir Tun UdaRaja Datuk Redzwa Raja Tun Uda, yang merupakan bapa saudara kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah meninggal dunia pada 28 Jan 2004 bersamaan hari Rabu pada jam 5 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL ketika berusia 77 setelah mengalami serangan jantung di lapangan terbang semasa ketibaan dari Bangkok.

Jenazah Raja Dato’ Redzwa telah dimakamkan di Makam Diraja Klang.