Tags

Raja Sir Tun Uda B Raja Muhammad - THE FEDERAL COUNCIL OF THE FEDERATED MALAY STATES, NOVEMBER, 1935Raja Tun Sir Uda Al-Haj Bin Raja Muhammad Dilahirkan di Kuala Langat, Selangor. Ayahandanya bernama Raja Muhammad Bin Raja Othman manakala bondanya adalah Raja Embut Long Binti Tengku Panglima Besar Raja Barkat

Walaupun azamnya untuk berjaya, tetapi beliau tidak dapat mencapai kejayaannya dengan pantas kerana Tanah Melayu ketika itu masih diperintah oleh pihak British, dengan semua jawatan kanan dalam kerajaan dan perkhidmatan awam diperuntukkan kepada para ekspatriat British.

Walaupun demikian, beliau akhirnya mencipta sejarah apabila beliau menjadi orang Melayu yang pertama untuk memegang jawatan Setiausaha kepada Residen British Selangor dan kemudiannya Setiausaha Negeri Selangor yang pertama.