Tags

Sultan Selangor - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan  Sir Hishamuddin Alam ShahAlmarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir’ Hisamuddin Alam Shah Al-Haj telah dilantik sebagai Kapten Yang DiPertua Tentera Laut Diraja Malaysia ketiga [3] pada 26 April 1984. Baginda merupakan Sultan Selangor pertama yang dilantik sebagai Kapten Yang Dipertua menggantikan Sultan Johor iaitu KDYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail.

Baginda merupakan Sultan Selangor ke-8 yang memerintah Selangor sejak 3 September 1960 dan kemudiannya dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 26 April 1999.

KD MALAYA telah mencatat banyak sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Antaranya adalah Penganugerahan Panji-panji Diraja kepada TLDM oleh DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Putera Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 12 Mac 66. Panji-panji ini seterusnya ditukar baru pada 1 Jul 73.  Panji-panji tersebut disimpan di KD MALAYA, Woodlands sehingga 8 Sep 84. Panji-panji ini telah dibawa pulang ke tanah air dan diarak dengan penuh tradisi Tentera Laut ke KD MALAYA di Lumut setelah pangkalan TLDM berpindah ke Lumut pada 9 Sep 84. Sejak penubuhannya pada tahun 1949 sehingga kini, KD MALAYA telah menunjukkan prestasi, jasa dan bakti yang cemerlang dalam aspek pentadbiran, perkhidmatan dan penyelenggaraan pangkalan TLDM Lumut. Justeru, selayaknya KD MALAYA dianugerahkan satu-satunya tanda kebanggaan sesuatu pasukan iaitu Panji-panji Diraja.

Penganugerahan panji-panji  disempurnakan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj selaku Kepten Kehormat TLDM bertempat di KD MALAYA pada 27 Apr 98 bersempena ulangtahun hari Tentera Laut Diraja Malaysia Ke – 64.

Sumber dan Kredit :
http://www.navy.mil.my