cropped-cropped-istanabandar.jpgMohd Noh Bin Jaafar merupakan Penghulu Balai di Pejabat Sultan Selangor sekitar era pemerintahan Almarhum Sultan Sir’ Hishamuddin Alam Shah dan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Mohd Noh ini lebih dikenali sebagai Mat Noh dan mempunyai 4 adik beradik dan 3 adalah lelaki dan seorang adalah perempuan yang mana kesemuanya adik beradiknya berkhidmat di Astana Sultan Selangor.

Abangnya yang sulung bergelar Johor yang berkahwin dengan Cik Uteh Surau yang merupakan anakanda angkat kepada Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah [yang dipelihara dari kecil] dan berkhdimat sebagai pengiring kepada Yam Tuan Muda Selangor ketika era pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu Y.T.M Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Sir’ Alau’ddin Suleiman Shah dan telah meninggal dunia sekitar tahun 1943 atas penyakit mistik.

Penyakit mistik ini berlaku takkala Johor mengiringi Yam Tuan Muda Selangor semasa era penjajahan iaitu Tengku Abdul Halim masuk ke hutan dan beliau telah menjumpai sebatang buluh kuning yang terpacak yang kemudiannya mengambil buluh kuning tersebut adalah Buluh Tumpat. Galas ganti kepada pengambilan buluh kuning tersebut, seharusnay digantikan dengan se’ekor kambing hitam. kerna semasa zaman penjajahan jepun sukar untuk memperolehi kambing tersebut. maka jatuh sakit akan ianya. Kemudian saudara mara dari Jugra turun ke Klang untuk membawa beliau ke Jugra.

Yang perempuannya di sebut sebagai Alang Besar dan namanya adalah Aminah yang berkhidmat sebagai penjaga Astana Kota, Kampung Jawa yang jua merupakan isteri kepada Dato Bentara Kiri yang telah membantu Tengku Kelana Jaya Putra – Tengku Musa Uddin mengirimkan surat kepada ahli keluarga Tengku Musa Uddin semasa ditahan oleh pihak British sebelum di buang ke Pulau Cocos.

Yang busunya di sebut sebagai Busu dan tidak diketahui nama sebenar dan berkhidmat sebagai Tukang Payung kepada Paduka Sri Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah dan tidak diketahui jawatan terakhirnya semasa berkhidmat di Istana.

Mereka semuanya berbenih dari Jugra dan mempunyai hubung persaudaraan dengan Almarhum Sultan Abdul Samad dan Raja Muda Musa. Namun buat masa ini tidak dapat hendak dijelaskan hubungan persaudaraan kerna kekurangan maklumat untuk di huraikan, kerna kebanyakkan sumber diperolehi dari sumber mulut ke mulut di sampaikan oleh mereka-mereka yang terdahulu di perkarangan Istana Bandar dan Astana Mahkota Puri.

Foto Hiasan : Gambar Istana Bandar