Tags

Bonda Paduka Raja Selangor - Wangsa Mahkota SelangorRaja Saidatul Ihsan Binti Almarhum Raja Bendahara Tengku Badar Shah telah diputerikan pada tahun 1923 dan merupakan Waris Tanah Negeri Selangor di sebelah ayahanda dan Kerabat Diraja Perak di sebelah bonda baginda. Walaupun hakikatnya hubungan kekeluargaan diantara Negeri Selangor dan Perak telah tercipta semenjak Raja Lumu lagi.

Ayahanda Raja Saidatul Ihsan ialah DYAM Raja Bendahara Selangor – Tengku Badar Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Manakala bonda ialah YAM Raja Ambin Binti Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah.

Raja Saidatul Ihsan bersama Sultan Idris Shah seawal kanak-kanak.

Raja Saidatul Ihsan bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah seawal kanak-kanak.

Raja Saidatul Ihsan bertemu jodoh dengan Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada tahun 1943 yang juga merupakan sepupu sendiri dan bercerai semasa Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah bergelar Raja Muda Selangor. Hasil perkahwinan telah dikurniakan 9 orang cahaya mata terdiri daripada 3 putera dan 6 puteri.

Raja Saidatul telah dikurniakan gelaran Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor setelah Paduka Sri Sultan Sharafuddin Idris Shah menaiki takhta pada tahun 2001 dan dianugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama pada 11 Disember 2002.

Raja Saidatul telah mangkat pada 1 Jun 2011 pada usia 88 tahun di Hospital Pakar Ampang Puteri dan Jenazah telah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam. Al-Fatihah…

*  Paduka Bonda Raja Selangor adalah gelaran yang sangat istimewa kurniaan dari DYMM Paduka Sri Selangor sejajar dengan segala Kemuliaan didalam Negeri Selangor adalah milik Raja Yang Dipertuan Selangor.