pegang tombakTercipta Sejarah pada 14 Mei 2013. takkala Istiadat mengangkat Sumpah Jawatan Dato’ Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah mengikut adat tradisi Rakyat Bersultan Negeri Beraja dengan menampilkan kelainan apabila Y.A.Bhg.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat Sumpah Jawatan Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor disertai lafaz aku janji sambil memegang tombak “Sang Buana” yang bersalut kain kuning, lambang KUASA PADUKA SRI SULTAN SELANGOR. Sebagai simbol MENJUNJUNG KUASA TUANKU.

Y.A.Bhg.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melafazkan sepuluh [10] Aku janji di hadapan Paduka Sri Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada istiadat di Balai Rong Seri ketika majlis angkat Sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.

1. Memelihara dan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara

2. Memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai Agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Pada masa yang sama menghormati hak agama lain diamalkan oleh orang bukan beragama Islam.

3. Memelihara kedaulatan institusi raja dan mempertahankannya dari dicemari dan dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

4. Mematuhi segala arahan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh DYMM Sultan Selangor dari semasa ke semasa termasuk adab dan tatatertib semasa berada di Istana dan ketika istiadat rasmi istana dilangsungkan.

5. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pada masa yang sama kepentingan sah kaum lain seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

6. Melaksanakan tugas dengan integriti yang tinggi, penuh rasatanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.

7. Mendahulukan rakyat selagi mana ia tidak menjejaskan kepentingan, kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri.

8. Memastikan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri di tahap yang tertinggi dan memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dan juga negeri-negeri lain dalam Persekutuan.

9. Memelihara jawatan yang dipegang dari dicemari dengan pelakuan-pelakuan yang menyalahi undang-undang; dan

10. Memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah, tolak ansur dan kerjsama antara kaum, demi menjamin kestabilan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri Selangor