Tags

,

Tengku Sharifa Mastura binti Syed Ahmad Shahabudin bersama suaminya Paduka Sri Sultan Musa Ghiath ud-din Riayat Shah Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah

Y.M. Tengku Sharifa Mastura binti Syed Ahmad Shahabudin dilahirkan sekitar tahun 1897, dan mendapat pendidikan persendirian di perkarangan istana kedah. Merupakan separuh gahara dan berkahwin dengan sekitar tahun 1912, dengan Paduka Sri Sultan Musa Ghiath ud-din Riayat Shah Ibni al-Sultan Ala’uddin Suleiman Shah, Raja Yang di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ihsan yang merupakan sepupunya sendiri.

Dinobatkan sebagai Tengku Permaisuri Selangor di Istana Mahkota, Klang, pada 4 November tahun 1943, sehingga dilucutkan gelaran itu 14 September 1945.

Bondanya adalah Tunku Mariam binti Almarhum Raja Muda Tunku Dhiauddin [Tunku Kudin]

Bapanya adalah Tengku Suri Kedah – Y.M. Tuan Sayyid Ahmad Shahabudin,

Catatan :

SURI SINGGAHSANA ialah wanita yg bergelar selaku ” Raja Perempuan @ Tengku Ampuan Selangor”.
SURI SINGGAHSANA ialah isteri Raja Yang Di Pertuan Negeri Selangor yang berhak semayam di Singgahsana Takhta Negeri di samping Baginda.

Tatkala seorang Raja Pemerintah itu mempunyai isteri yang kedua dan isteri itu jua bergahara penuh mahu pun separuh gahara, wanita itu biasanya akan di iktiraf Raja Permaisuri @ Tengku Parmaisuri. Namunpun demikian, Tengku Permaisuri itu tidak disembah kerana dia bukan “Suri Singgahsana”. Hanya Suri Singgahsana itulah yang rasmi; dan wanita itulah yang bergelar Raja Perempuan @ Tengku Ampuan Selangor, dan mematuhi adat zaman berzaman, Tengku Ampuan berhak disembah. 

Adab dan Adat telah meletakkan taraf bagi Suri Negeri yang bukan berbenih raja, hanya boleh ditegur selaku “TENGKU ” cuma didalam bualan lisan; dan pangkat tarafnya selaku ” Permaisuri ” sahaja (yakni, bukan ‘Raja’ Permaisuri) dan beliau itu:-

1. Tidak boleh didudukkan di Singgahsana.
2. Tidak boleh disembah.
3. Tidak boleh dipersebutkan sebagai “Tuanku”.
4. Tidak boleh diperbahasakan ” Patik ” oleh orang-orang bawahan dan sebagainya. Pengakuan mereka terhadap Permaisuri adalah secara berbahasakan diri sebagai ” Hamba Tengku”. Anak-anak raja sekaliannya membahasakan diri kepada Permaisuri cuma secara “saya”*.
5. Tidak boleh dinobatkan secara jawatan atau gelarannya atas apa-apa jua sebab yang berkait dengan kedudukannya sebagai “Permaisuri”.

Hasil Olahan dan penelitian berhubung dari Penulisan YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz – Artikel berhubung Taraf Raja Perempuan dan Raja Permaisuri [ Dengan Izin ]

Sumber :

– Kesentosaan Takhta Selangor
– Royal Ark
– Pesaka Selangor
– Arkib Negara

– YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz