Sekitar era tahun 1860 memperlihatkan ANAK RAJA menjadi Ketua Wilayah-Wilayah didalam Negeri Selangor bagi melancarkan sistem Pentadbiran Negeri mengikut Wilayah :-

Pelantikan sebagai Raja Wilayah bagi memastikan bahawa anak-anak raja didedahkan hal ehwal pentadbiran Raja Yang Dipertuan yang memerintah diatas takhta singgahsana Negeri Selangor sebagai Wakil-Wakil Raja Yang Dipertuan agar segala isi negeri dan rakyat dilindungi.

Berikut adalah anak-anak Raja Wilayah yang menjadi Ketua bagi Tanah didalam Negeri Selangor.

Sungai Bernam – Raja Hitam Ibni Raja Unos,
Sungai Selangor – Raja Muda Musa,
Sungai Jeram – Raja Ali,
Sungai Klang – Raja Abdullah,
Sungai Langat – Paduka Sri Sultan Abdul Samad,
Sungai Lukut – Raja Jumaat,
Sungai Raya – Raja Sulaiman.

Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh anak-anak raja wilayah membantu menjaga kesentosaan takhta negeri dan kestabilan politik.