Gambar sekadar hiasan

Tarian poja merupakan sebuah tarian yang sangat popular di Negeri Selangor. Tarian poja juga merupakan sebuah tarian yang beridentitikan atau melambangkan budaya Negeri Selangor.
Poja dari perkataan Bugis yang bermaksud “puji-pujian” Ini kerna, Tarian poja sebuah tarian yang ditarikan sambil memuji-muji Sultan. Tarian ini di persembahkan semasa Sultan sedang beristirehat.

Di era kini, tarian poja dipersembahkan dipermulaan sesuatu majlis sebelum sesebuah majlis berlangsung. Tarian poja jua menjadi tarian yang mengalu-alukan kedatangan atau simbolik ucapan selamat datang kepada para tetamu yang hadir ke kesesebuah majlis. Pada suatu masa dahulu, tarian poja merupakan sebuah tarian yang hanya dipersembahkan di dalam Istana untuk Kerabat-Kerabat Diraja bagi meraikan sesebuah keramaian. Ini kerna, tarian poja merupakan sebuah tarian Istana yang dijaga mutu dan nilai keseniannya oleh kerabat-kerabat diraja. Kini Tarian poja bukan lagi merupakan sebuah tarian istana sebaliknya boleh dipersembahkan dimana-mana dan dipertontonkan oleh sesiapa sahaja.

Dahulunya penari-penari untuk tarian ini terdiri dari kalangan perempuan sahaja. Manakala lelaki hanya bermain alat muzik. Perkara ini berlaku kerna pada masa dahulu, kaum perempuannya menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti tarian menakala kaum lelakinya bermain alat muzik.

Kesan dari aktiviti masa lapang inilah maka terdapatnya perbezaan bidang persembahan, dimana kaum lelaki hanya bermain alat muzik dan kaum perempuannya hanya menari. Apabila tarian ini mula dipersembahkan kepada masyarakat umum dan dikrasikan tidak lagi hanya dipersembahkan di istana.

Tarian ini memiliki durasi sepanjang 4 minit hampir ke 5 minit pada asalnya. Setelah mengalami perubahan penerimaan masyarakat terhadap persembahan ini, durasinya bertukar menjadi 3 minit sahaja.

Sumber :

– modultarianpoja.blogspot.com
– Google

Gambar Hiasan