KOTA DARUL EHSAN-WANGSA MAHKOTA SELANGORKota Darul Ehsan ialah sebuah mercu tanda yang melambangkan sempadan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Didirikan di atas Lebuhraya Persekutuan (Laluan Persekutuan ), ia adalah gerbang terbesar di Malaysia.

Pembinaan kota tersebut telah bermula pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai Wilayah Persekutuan iaitu Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bagi Negara Malaysia. Pada ketika itu Almarhum Paduka Sri Sultan Salah’uddin Abdul Aziz Shah telah menitahkan agar dibina sebuah pintu gerbang sebagai tanda sempadan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor.
Kota ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 1981.

Reka bentuk gerbang ini menggabungkan pengaruh seni bina gaya Moor. Ini boleh dilihat di kubah di dalam gerbang. Kota Darul Ehsan juga menonjolkan dua laras meriam di setiap muka gerbang.

Sumber :

Wikipedia