Tags

SEKEPING TANAH MELAYU DI TENGAH BANDARAYA KUALA LUMPURSambungan Negeri Sentosa Rakyat Sejahtera, Negeri Bersultan Rakyat Beraja, Merentas Waktu Beralihan Masa, Kekal Sentiasa Terpisah Tiada [Bahagian I]

Selepas kemangkatan Paduka Sri Sultan Abdul Samad, pemerintahan Selangor diganti dengan cucunya baginda iaitu Almarhum Paduka Sri Sultan Sir Ala’ uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Shah, baginda memerintah Selangor dari tahun 1898 sehingga 1938. Baginda sememangnya amat terkenal sebagai Raja Yang Dipertuan yang sangat mengambil berat soal pendidikan Islam dan sedia melakukan apa sahaja demi memastikan rakyat yang bernaung di bawah kuat pegangan terhadap Islam dan rakyat negeri sentosa. Baginda jua mahu Selangor terpelihara dengan keamanan dan kesejahteraan selain bersandarkan syariat dan ajaran-ajaran Islam.

Baginda telah memainkan peranan yang amat penting bagi meneruskan segala jua usaha-usaha pembangunan negeri yang telah di laksanakan semasa pemerintahan almarhum nendanya tercapai dengan jaya. Baginda jua telah membina sebuah masjid iaitu Masjid Ala’uddin di Jugra pada tahun 1906 yang bercirikan seni bina Islam dari Timur Tengah pada ketika itu baginda bergelar Yang Dipertuan Muda Selangor mengantikan Almarhum Ayahanda baginda. Segala senibina dan rekaan yang terdapat dari sudut luar dalaman adalah sentuhan tangan dan idea baginda sendiri hingga dan di mashid ini jualah baginda seringkali menyampaikan khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya Aidilfitri serta Hari Raya Aidiladha walaupun pada ketika itu baginda telah pun bersemamyam di Klang.

AQIDAH SULTAN SELANGOR ALMARHUM SULTAN ALAUDDIN SULEIMAN SHAH : ALLAH ADA TANPA TEMPATKesungguhan baginda di dalam melaksanakan peranan sebagai Ketua Agama terpancar melalui keperibadian baginda. Sesungguhnya baginda telah memperlihatkan perwatakan baginda didalam memastikan Takhta kerajaan dan Raja Pemerintah menjadi satu [1] rangkaian institusi dan individu yang berpaksikan jawatan dan kuasa, di dalam baginda melaksanakan pengisian watak, Tanggungjawab memberi nafas dan mengisi roh kepada institusi tersebut. Baginda telah menjadi role model Peranan utama Raja – memberi kepimpinan, dijadi contoh – dijadi teladan agar dapat dijadikan pedoman – agar dapat memberikan panduan – agar disandarkan harapan – untuk memberi naungan. Berlandaskan kepada ketokohan baginda telah menjadi satu [1] kepentingan Raja Yang Dipertuan selepas baginda amat mengambil berat soal pembangunan dan perkembangan Islam.
Semasa pemerintahan baginda, Selangor mula mengalami perubahan besar apabila lebih banyak jalan raya dan landasan kereta api dibina begitu juga meningkatnya pembinaan rumah dan kedai terutama di Kuala Lumpur dan Kelang.
Kebijaksanaan baginda memerintah telah mendorong rakyat mengadakan sambutan keramaian Jubli Emas Pemerintahan di Kelang sempena genap 40 tahun pemerintahan baginda.
Dalam usaha mengembangkan syiar Islam telah membawa baginda menulis dua [2] buah kitab iaitu Kitab Pohon Ugama Bahagian Rukun Iman yang diselesaikan pada tahun 1919 dan Kitab Melatih Kanak-Kanak Laki-Laki Perempuan, Agama Islam 1, diselesaikan di Istana Mahkota Puri, Klang 1929. walaupun hakikatnya baginda telah mengarang banyak hal ehwal yang melibatkan syiar islam namun tidak di terbitkan.

TENGKU AMPUAN JEMA'AH BINTI ALMARHUM RAJA AHMAD - TENGKU AMPUAN SELANGORSetelah kemangkatan baginda, Tampuk pemerintahan kemudiannya diterajui oleh anakanda baginda, iaitu Paduka Sri Sultan Hisham’ uddin Alam Shah yang memerintah Selangor dari tahun 1938 namun Takhta baginda bagaimanapun tidak kekal lama apabila dipaksa turun takhta pada tahun 1942 oleh tentera Jepun yang telah menyerang dan mengalahkan negeri-negeri Melayu. Jepun telah melantik Tengku Musa Uddin sebagai pemerintah Selangor bergelar Paduka Sri Sultan Musa Ghiat’ uddin Riayat Shah.

Walaupun Paduka Sri Sultan Musa Ghiat’ uddin Riayat Shah tidak memerintah lama namun baginda jua telah memberikan sumbangan yang di dalam membawa masalah-masalah pembangunan rakyat dan negeri di dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri semasa bergelar Yang Dipertuan Muda Selangor. Baginda jua merupakan putera raja pertama di dalam negeri Selangor yang menyertai Pasukan Malay Volunteer Infantry (MVI) 1916, Kapten Kehotmat Pasukan Sukarelawan (MVF).
Namun pemerintahan Sultan Musa Ghiat’ uddin Riayat Shah jua tidak lama takkala kemasukan semula tentera Britain turut mengubah struktur pemerintahan kerajaan Selangor kembali kepada semula kepada kepimpinan Sultan Hisham’ uddin Alam Shah.

mohom alam shah .1Berikutan perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Sultan Hisham’ uddin Alam Shah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Negara Persekutuan Tanah Melayu, Berikutan kemangkatan baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960, Sultan Hisham’ uddin Alam Shah telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua.
Baginda jua telah banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan Islam terutama dari aspek pendidikan. Antaranya bermurah hati menyerah dan mewakafkan Istana Jemaah dan sebidang tanah seluas 14.3 ekar di Jalan Kota Raja, Klang untuk didirikan Kolej Islam Malaya yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah pada tahun 1955 yang merupakan antara sekolah asrama penuh terbaik negara.

salah 423Selepas kemangkatan Paduka Sri Sultan Hisham’ uddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Ala’uddin Suleiman Shah, pemerintahan Rakyat bersultan Negeri beraja di teruskan oleh Paduka Sri Sultan Salah’ uddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Sir’ Hisham’ uddin Alam Shah yang memerintah Selangor mulai tahun 1960 sehingga tahun 2001, baginda merupakan nama besar di sebalik pembinaan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dibina pada 1988 sebagai mercu keagungan Islam di Malaysia. Kesannya sangat besar terhadap dunia Islam kerana tidak sahaja mempunyai kubah terbesar di dunia tetapi juga merupakan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara.

Semasa pemerintahan baginda, Negeri Selangor Darul Ehsan mempunyai peranan yang amat penting dalam sejarah pembentukan dan perkembangan Negara Malaysia. Kuala Lumpur telah menjadi pusat pentadbiran bagi Persekutuan Tanah Melayu dan pusat kegiatan perdagangan, perniagaan dan perbankan. Pada 1 Februari 1974, satu perjanjian antara Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dengan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani bagi penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Berikutan dengan itu jua, sebuah kawasan yang terletak kira-kira 25 km ke arah barat daya Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Sungai Renggam dikenal pasti sebagai lokasi sesuai untuk dijadikan ibu negeri yang baru untuk Selangor bagi menggantikan Kuala Lumpur. Ia turut meliputi kawasan Batu Tiga yang telah pun menjadi pusat perladangan tanaman kelapa sawit dan getah sejak sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Baginda telah perkenan menamakannya Shah Alam sempena nama Almarhum ayahanda baginda iaitu Paduka Sri Sultan Hisham’ uddin Alam Shah Al-Haj.

Putrajaya pula telah menjadi pusat pentadbiran negara dan telah menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 2001. Pembangunan Wilayah Persekutuan Putrajaya bakal membangunkan kawasan pinggiran Putrajaya dan hasilnya akan turut dirasai oleh rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.

Kejelasan sumbangan dan pengorbanan baginda khususnya Negeri Selangor yang telah membawa baginda berikan kepada kesejahteraan dan pembungunan negara.

selangor-Idris[1]Takkala Paduka Sri Sultan Salah’ uddin Abdul Aziz Shah Al-Haj mangkat negeri selangor telah diperintah oleh Paduka Sri Sultan Sharaf’ uddin Idris Shah Al-Haj yang dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah.

Baginda amat mentitik beratkan kesejahteraan rakyat ini diperlihatkan melalui kekerapan baginda semasa bergelar Yang Dipertuan Muda membuat lawatan rasmi ke daerah-daerah untuk melihat pembangunan dan jua masalah setempat yang dihadapi oleh rakyat Baginda dan beramah mesra dengan mereka.

12-89-12-20-Raja Muda Selangor, Tengku Idris Shah ke Upacara Perasmian Mesyuarat Belanjawan Penggal ke-4Dalam bidang ketenteraan, Baginda telah ditauliahkan sebagai Mejar Kehormat Tentera Darat (Wataniah) Malaysia pada tahun 1974 dan Komander Kehormat Sukarelawan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia.

Baginda mendapat pengiktirafan sebagai Putera Inspirasi dan banyak lagi pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Baginda berkaitan dengan “Maritime”. Di diperlihatkan kesungguhan baginda melakukan aktiviti sukan termasuk sukan lasak seperti mendaki gunung, memandu kereta antik jarak jauh dan belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y.JUGRA. hingga membawa nama baginda terukir di dalam “Malaysia Book of Records” sebagai “The First To Sail Around The World” dan “The First To Complete Peking-Paris Motor Challenge”pada tahun 1998.

baginda adalah Raja Yang Dipertuan yang peka perkembangan semasa dan baginda jua seringkali memberikan idea-idea yang bernas di dalam mengatasi masalah-masalah kemanusiaan. Di dalam bidang agama pula Baginda sering bertitah di masjid-masjid menasihatkan rakyat jelata agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Baginda adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kemajuan rakyat Baginda dalam semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Sesungguhnya negeri Selangor amat bertuah kerana diperintah oleh Raja-raja Pemerintah negeri yang mempunyai era pemerintahan yang sangat besar sumbangan didalam kepentingan kesejahteraan rakyat negeri dan pembangunan negeri sejak terdirinya Kesultanan Selangor.

Jasa dan sumbangan yang telah dikurniakan oleh Raja-raja Pemerintah negeri selangor dalam pembentukan negara moden Malaysia seharusnya terus dihayati dalam mengekalkan kedaulatan negara ini. Secara keseluruhannya, institusi DiRaja amat penting dalam pembentukan sesebuah bangsa dan kedaulatan negara. Perhubungan ini berkait rapat dengan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat sejajar dengan peredaran zaman mahupun keperluan semasa.

Sebagai Ketua Agama Islam di peringkat negeri, Raja-raja Pemerintah negeri selangor telah memberi perhatian khusus dalam perkembangan ajaran agama Islam dengan terdirinya banyak masjid di sekitar negeri Selangor dan selangor sebelum tahun 1974.

Sepanjang pemerintahan Paduka Sri  pula, pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri diperkemaskan lagi mengikut keperluan semasa dan kemaslahatan para imam dan bilal dijaga dengan baik sejajar dengan tugas dan tanggungjawab mereka.