Askar Kuala Lumpur 1910

Pada tahun 1902, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) yang terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan telah mula menubuhkan unit Sukarela yang dikenali sebagai Malay States Volunteer Rifles (MSVR).

Unit -unit telah dilengkapi dengan dua pucuk “machine gun” yang telah dihadiahkan oleh Dr. Loke Yew, CMG di Selangor.

Justeru itu, Pegawai-pegawai British telah memainkan peranan penting dalam usaha penubuhan ini. Di samping itu, mereka juga telah digalakkan menyertainya. Sementara itu, semua Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah telah diarah untuk menubuhkan MSVR di daerah masing-masing. Kebanyakan pegawai MSVR ini terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Awam Malaya (MCS) yang pada kebiasaannya Pegawai Daerah sendiri menjadi pemerintah.

Potret Pasukan Askar di Kuala Lumpur tahun 1910 mungkin merujuk kepada MSVR