Tags

,

Corak pemerintahan beraja mempunyai beberapa cara dan kaedah yang tersendiri yang tertentu namun tetap bermatlamat didalam memarcu Falsafah Negeri Sentosa Rakyat Sejahtera, Negeri Bersultan Rakyat Beraja, Merentas Waktu Peralihan Masa, Kekal Sentiasa Terpisah Tiada. Demikian jualah segala jasa dan bakti yang telah Raja Yang Dipertuan Selangor curahkan kepada rakyat negeri mahupun pembangunan negara sebagaimana Penyuluh Seri Rakyat Negeri.

Raja Lumu telah datang ke Kuala Selangor sebagaimana yang telah diperintahkan oleh ayahandanya pada tahun 1743 sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan Raja Kecil, namun Raja Lumu tidak mendapat perkenan Empat orang datuk yang lebih dikenali dengan nama Dato Empat Suku iaitu :- 1. Kuala Selangor ditadbir oleh Datuk Penggawa, 2. Langat oleh Datuk Aru, 3. Ulu Langat dipimpin oleh Datuk Engku Klang dan 4. Klang pula ditadbir oleh Datuk Kecil Yang Tujuh (Anak Encik Kuning) yang menggelar dirinya Orang Kaya Klang. Terutamanya Datuk Engku Klang selaku pemimpin utama di antara empat orang datuk yang menjaga wilayah-wilayah di dalam Selangor namun Raja Lumu tetap bersemayam di Kuala Selangor dan beranggapan sebagai Ketua didalam Negeri Selangor yang pada ketika itu dibawah Naungan Empayar Johor, Riau Lingga dan akhirnya Datuk Engku Klang akur takkala Raja Lumu mendapat pengitirafan dari Paduka Seri Sultan Perak yang mewarisi Kedaulatan Empayar Kesultanan Melaka.

Sejak Raja Lumu dilantik Sebagai Raja Yang Dipertuan Kecil yang pertama di dalam pembentukan empat wilayah menjadi satu iaitu negeri Selangor pada tahun 1743, maka secara tidak langsung pelbagai hubungan diplomatik telah tercipta diantara beberapa buah negeri termasuk Riau, Linggi, Pahang dan Perak. Secara tidak langsung jua telah membawa negeri berkembang maju dan pelbagai pembangunan dari segala aspek terutamanya sosial dan ekonomi hingga membawa minat pihak-pihak luar seperti belanda dan inggeris untuk menjadikan selangor sebagai tanah jajahannya.

Pembangunan yang dikecapi selangor adalah hasil kegagahan Raja Yang Dipertuan Selangor yang terdahulu yang mempertahankan pusat pemerintahan dari di jajah sebagai mana Raja Lumu kemudian di ganti kepada anakandanya iaitu Raja Yang Dipertuan Paduka Sri Sultan Ibrahim yang Pahlawan Gagah Perkasa mempertahankan dan merampas kembali Kuala Selangor dari Belanda. Demikian jua seterusnya anakanda Paduka Sri Sultan Ibrahim iaitu Raja Yang Dipertuan Paduka Sri Sultan Muhammad takkala menjadi pemerintah negeri selangor telah membawa dan memberikan kaum kerabatnya dari riau untuk menjadi benteng pertahanan didalam memastikan negeri selangor tidak di ganggu oleh pihak-pihak luar dari membuat kekacauan didalam negeri selangor.

Takkala kemangkatan Raja Yang Dipertuan Paduka Sri Sultan Muhammad Shah maka berlaku kekacauan dikalangan waris dan kerabat termasuk takhta pemerintahan yang telah membawa kepada Kerabat yang Tua dari Riau merujuk kepada Tuk Empat Suku bagi melantik Raja Yang Dipertuan Takhta Kerajaan yang bakal bersemayam di singgahsana negeri yang akhirnya kemuafakatan tercapai membawa kepada pelantikan cucuanda Raja Yang Yang Dipertuan Paduka Sri Sultan Ibrahim iaitu Tengku Panglima Besar – Raja Abdul Samad sebagai Raja Yang Dipertuan Paduka Sri Sultan Selangor yang baru.

SUltan Abdul SamadWalaupun perlantikan Sultan Selangor telah dibuat dan Sultan Abdul Samad yang mempunyai kebijaksanaan telah memindahkan pusat pemerintah kerajaan dari Bukit Malawati dahulunya Bukit Selangor di Kuala Selangor ke Jugra dan telah melantik Raja Muda Kedah iaitu Tunku Kudin yang merupakan  menantu Sultan Abdul Samad bagai mengembalikan kesentosaan negeri tanpa Sultan Abdul Samad memcampuri kacau bilau yang terjadi dikalangan saudara maranya didalam negeri Selangor kerna kasih sayang Sultan Abdul Samad terhadap saudaranya yang akhirnya membawa kepada ruang-ruang pihak-pihak luar iaitu british memainkan peranan untuk menjadikan selangor sebagai tanah jajahannya dan dengan kebijaksanaan Sultan Abdul Samad jua telah mengunakan kepakaran dan kemodenan pihak british bagi membangun dan memajukan negeri.

Sesungguhnya pembangunan negeri selangor dapat dilihat sangat ketara ketika pemerintahan Sultan Abdul Samad sehinggalah ke hari ini di bawah pemerintahan Sultan Sharaf’ uddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salah’ uddin Abdul Aziz Shah Al-Haj

Segala jasa dan bakti, peranan dan sumbangan yang telah dikurniakan oleh Raja-Raja Yang Dipertuan Negeri Selangor selaku Pemerintah Takhta Kerajaan. Seandai di teliti dan diamati khususnya didalam memelihara kemakmuran dan kesejahteraan rakyat serta memartabatkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di dalam memperkembangkan ilmiah sebagai dasar pembinaan insan sukar untuk dipertikaikan oleh sesiapa pun jua.

Semenjak pemerintahan Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar – Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah yang memerintah Selangor dari tahun 1859 hingga 1898, negeri Selangor telah mengalami kemajuan yang amat pesat khususnya di bidang pembangunan bandar dengan Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor pada ketika itu jua Jugra telah menjadi Bandar Diraja Selangor.
Dibawah kebijaksanaan demi kemakmuran rakyat, maka sebuah Majlis Mesyuarat Negeri telah ditubuhkan pada tahun 1877 dan telah dijadikan sebagai medan untuk membincangkan hal-ehwal Melayu. Baginda melantik kerabat diraja untuk menjalankan tugas-tugas rasmi. Kerajaan memperkenalkan sistem pendaftaran tanah dan mengutip cukai pintu. [1]

Sultan Abd Samad Of SelangorPada bulan Julai 1896, Kerajaan Selangor melantik Kerajaan British untuk menubuhkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Setahun kemudian, Sultan Abdul Samad menghadiri Persidangan Raja-Raja Melayu Pertama bagi negeri-negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang, yang berlangsung di Kuala Kangsar, Perak.  [2]


Pada tahun 1890, landasan kereta api telah dibina menghubungkan Kuala Lumpur, Bukit Kuda dan Klang. Selepas lombong bijih dibuka, landasan kereta api disambungkan ke Rawang dan Kuala Kubu dan di Selatan disambungkan ke Pudu dan Sungai Besi.  [3]

Jalan raya juga telah dibina menghubungkan kampung ke kawasan lombong.

Pada tahun 1893, Almarhum Sultan Abdul Samad telah menyumbangkan sejumlah wang bagi membantu mengasas penubuhan salah satu sekolah utama di Malaysia, iaitu Victoria Institution di Kuala Lumpur. Almarhum jua telah menjadi salah seorang penaung sekolah tersebut.  [4] Tujuan penubuhan sekolah ini ialah untuk memberi pendidikan Bahasa Inggeris kepada anak-anak tempatan bagi menjawat jawatan dalam pentadbiran Negeri Selangor. Almarhum jua telah mendirikan sebuah sekolah Melayu di Bandar Termasa (Langat) dengan perbelanjaan Baginda sendiri. [5]

Sultan Abdul Samad dengan putera Baginda, Raja Kahar, mengusahakan tanaman buah-buahan di Jugra. Baginda juga menanam pelbagai tanaman lain seperti tebu, padi, kelapa dan pinang di atas 1,000 ekar tanah. Baginda memberi pinjaman kewangan kepada pesawah padi bagi membolehkan mereka memulakan perusahaan. [6]

Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, menjadi bukti betapa banyak sumbangan yang telah diberikan oleh Raja Yang Dipertuan Selangor yang amat sangat menitik beratkan pembangunan didalam negeri.  [7]

Rujukan :  [1] –  [7] :- http://www.lib.upm.edu.my/perpustakaan sultan abdul samad

Foto : Google

AKAN BERSAMBUNG BAHAGIAN II… ERA PEMERINTAHAN PADUKA SRI SULTAN ALAUDDIN SULEIMAN SHAH HINGGA PADUKA SRI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH.