Lagu Selangor

[1] Very early in the 20th century Sultan Sulaiman of Selangor as Raja Muda, chose a Malay Tune named ‘Chantek Manis’ in consultation with Raja Haji Bot, and had it orchestrated by the Phillipino Bandmaster Daniel Ortego. But in 1908 after he had come to the throne, Sultan Sulaiman ordered the same Bandmaster to compose a tune of western type in place of ‘Chantek Manis’. In 1967 Selangor adopted a new replacement State Anthem with music composed by Indonesian composer SAIFUL BAHRI (1924-1976).

[2] 16 Feb 1967, Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor telah mempersetujui untuk menerima lagu ‘Duli Yang Maha Mulia’ yang diubah dan disusun oleh Encik Saiful Bahri sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Selangor yang baru. Lagu ini diterima oleh Majlis Mesyuarat Dewan Di Raja bersama-sama DYMM Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Shah pada 20 Februari, 1967 dan dirasmikan pada 8 Mac 1967.

Lagu Kebangsaan Negeri Selangor yang pertama ialah lagu ‘Cantik Manis’ iaitu sebuah lagu Melayu yang oleh dipilih oleh DYMM Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama-sama dengan Raja Haji Bot Bin Raja Jumaat.

Ahli-ahli pancaragam yang memainkan lagu ini terdiri dari orang-orang Filipina dan tiga orang India dengan diketuai oleh Daniel Ortega, seorang Filipina. Lagu Kebangsaan Negeri Selangor yang kedua ialah sebuah lagu yang berentak lagu Barat dan telah mula dimainkan kira-kira pada tahun 1908. Lagu ini digubah oleh Daniel Ortega dan senikatanya disusun oleh Persatuan Guru-guru Melayu Selangor. Memandangkan lagu kebangsaan ini kurang mempunyai unsur-unsur kesenian Melayu, maka dalam mesyuarat Dewan Diraja Selangor pada 26 November 1963, DYMM Sultan Salehuddin Abdul Aziz mencadangkan supaya satu lagu lain dipilih dengan cara bertanding.

Akhirnya pada hari ini dalam tahun 1967, lagu ‘Duli Yang Maha Mulia’ telah dipersetujui untuk diterima sebagai lagu Kebangsaan Negeri Selangor hingga ke hari ini.

Encik Saiful Bahri – Pengubah Lagu Kebangsaan Negeri Selangor

Pengarah Muzik Filem Negara, Malaysia iaitu Encik Saiful Bahri menyatakan “HADIAH SAYA UNTUK BAGINDA DAN RAKYAT SELANGOR“ setelah berjaya mengubah Lagu Kebangsaan Negeri Selangor dan menarik perhatian serta mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang akan menyambut Ulang Tahun Keputeraan Baginda.

Encik Saiful Bahri MENYATAKAN ” BAHAWA IA TIDAK BERNIAT UNTUK MENUNTUT NILAIAN UPAH MENGUBAH LAGU ITU WALAUPUN DIBERIKAN RM 40.000 NAMUN BELIAU TIDAK BERNIAT UNTUK MENJUALKANNYA. NAMUN MENYATAKAN BAHAWA GUBAHAN LAGU KEBANGSAAN NEGERI SELANGOR SEBAGAI SUMBANGAN KEPADA BAGINDA SULTAN DAN RAKYAT NEGERI SERLANGOR”.

LAGU KEBANGSAAN NEGERI SELANGOR “Duli Yang Maha Mulia” adalah gubahan Pengarah Muzik Filem Negara, Malaysia iaitu Encik Saiful Bahri. En. Saiful Bahri menjelaskan bahawa beliau telah menerima sepucuk surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor iaitu Dato’ Mohamed Shamsudin B Mohamed Ya’akob untuk mengubah semula LAGU KEBANGSAAN SELANGOR.

Sumber :

1 – national-anthems,

2 – Arkib Negara

Advertisements