Sejarah Yang Dipertuan Raja Muda Selangor tidak berapa jelas namun jika dilihat ia bermula ketika Pemerintahan Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah apabila meletakkan Adinda baginda yang bernama Raja Nala sebagai pewaris dan bergelar Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda.

Maka bolehlah dinyatakan bahawa Sistem Adat menaiki taktha Kesultanan Selangor adalah Adat Temenggung.

1. D.Y.T.M Raja Muda Nala Ibni Almarhum Sultan Salehuddin dilantik sebagai Raja Muda pada tahun 1782 dan mangkat pada tahun 1795 di Acheh.

2. D.Y.T.M Raja Abu Said dilantik sebagai Raja Muda pada tahun 1815 sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1817.

3. D.Y.T.M Raja Muhammad dilantik sebagai Raja Muda pada tahun 1817 sehingga baginda menaiki takhta sebagai Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada tahun 1826 dan mangkat pada tahun 1857.

4. D.Y.T.M. Raja Mahmud Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah dilantik sebagai Raja Muda [ Dalam Foto ]

5. D.Y.T.M. Raja Musa Ibni Almarhum Sultan Sir Abdul Samad dilantik sebagai Raja Muda pada tahun 1875 sehingga kemangkatan baginda pada 7 Julai 1884.

6. D.Y.T.M Raja Suleiman Ibni Raja Muda Musa, Dilantik sebagai Raja Muda pada 10 Disember tahun 1887 sehingga menaiki Takhta Kesultanan Selangor pada 6 Februari tahun 1898 sebagai Sultan Alauddin Suleiman Shah. [ Dalam Foto ]

7. D.Y.T.M. Raja Laut Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah dilantik sebagai Raja Muda [ Dalam Foto ]

8. D.Y.T.M Tengku Musa Eddin Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah dilantik sebagai Raja Muda pada tahun 1920 – 1936. Namun sebelum itu telah pun digelar Tunku Putra Mahkota Selangor iaitu Tunku Mahkota Selangor sekitar tahun 1903 dan gelaran tersebut tidak pernah ditarik walaupun setelah dilantik sebagai Raja Muda Selangor kemudian 1937 dilantik sebagai Tengku Kelana Jaya Putra setelah meletakkan gelaran sebagai Raja Muda Selangor sekitar tahun 1936 bagi memberi laluan kepada adindanya iaitu Tengku Alam Shah sebagai Raja Muda Selangor atas kehendak Kolonial Pentadbir British [ Dalam Foto ]

9. D.Y.T.M Tengku Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah dilantik sebagai Raja Muda Pada Tahun 1936 sehinga menaiki Takhta Pada Tahun 1938 sebagai Sultan Hishamuddin Alam Shah. [ Dalam Foto ]

1.0 Y.T.M Yam Tuan Muda Abdul Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah dilantik semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu oleh Kekandanya Paduka Sri Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah sekitar 1942-1945.

Tahun 1945 – 1950 Negeri Selangor tidak mempunyai D.Y.T.M Raja Muda Selangor. Namun gelaran yang ada di Selangor pada ketika itu adalah D.Y.A.M Raja Bendahara Selangor yang dibentuk sekitar tahun 1937 dan D.Y.T.M Tengku Kelana Jaya Putra.

11. D.Y.T.M Tengku Abdul Aziz Shah Ibni Sultan Hishamuddin Alam Shah dilantik sebagai Raja Muda 1950 sehinga menaiki Takhta Pada Tahun 1960 sebagai Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah. [ Dalam Foto ]

12. D.Y.T.M Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah dilantik sebagai Raja Muda 1950 sehinga menaiki
Takhta Pada Tahun 2001 sebagai Sultan Sharafuddin Idris Shah. [ Dalam Foto ]

13. D.Y.T.M Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah dilantik sebagai Raja Muda 2002 sehingga kini.

– Negeri Selangor pada tetahun 1857 – 1859 pada ketika berlaku pertikaian berhubung Pewarisan Takhta Negeri Selangor yang tidak disebutkan bahawa Almarhum Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim telah melantik puteranya iaitu Raja Mahmud sebagai Raja Muda Selangor dan bakal Raja Selangor. Perihal Raja Mahmud sebagai Raja Muda Selangor telah dinyatakan oleh Tengku Ampuan Basik. Raja Bot Bin Raja Jumaat telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sebelum menyerahkan takhta Ke’raja’an kepada pewaris setelah mendapat persetujuan daripada Tok Ampat kepada Tengku Panglima Besar Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada tahun 1859.

– Pada Tahun 1903 ketika Pertabalan Tunku Maharum Sebagai TENGKU AMPUAN PADUKA SRI NEGARA, Gelaran TENGKU PUTRA MAHKOTA SELANGOR TELAH DIBERIKAN KEPADA TENGKU MUSA UDDIN.