Raja Muda Laut – Raja Muda Selangor

D.Y.T.M Raja Muda Laut Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah, Diputerakan di Istana Kota, Kuala Selangor, Merupakan Penghulu dan Magistrate di Kuala Lumpur.

Raja Laut adalah putera kedua Sultan Muhammad Shah, Diputerakan sekitar tahun 1850, mendapat nama Laut kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut.
Dikisahkan baginda kemudianya dijadikan anak angkat oleh Raja Juma’at lalu menjadi saudara tiri kepada putera kandung Raja Juma’at, iaitu Raja Bot.

Raja Laut adalah pengasas kepada Kuala Lumpur Sanitary Board sewaktu ianya ditubuhkan pada 1890. Selain daripada itu, Raja Laut juga bertanggungjawab menubuhkan Sekolah Melayu pertama di Kuala Lumpur, dimana baginda turut menghantar puteranya di sekolah berkenaan.

Raja Muda Laut dalam Kumpulan

Prominent residents of Kuala Lumpur 1884

Raja Laut telah dilantik sebagai Raja Muda Selangor pada tahun 1898, selepas Raja Muda Suleiman dimasyurkan sebagai Paduka Sri Sultan Selangor ke 5 bergelar Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa. Raja Muda Laut menggunakan gelaran ini sehingga tahun 1903. Apabila Kesultanan Selangor mengurniakan gelaran Tunku Mahkota sebagai pewaris takhta kepada Tengku Musa Uddin Ibni Sultan Ala’uddin Suleiman Shah. Namun demikian Raja Muda Laut tetap mengekalkan gelaran Raja Muda sehingga kemangkatan baginda pada 9 Jun 1913. Gelaran Raja Muda Selangor sebagai Pewaris Takhta kembali di gunakan sekitar tahun 1920 apabila Tengku Musa Uddin dilantik sebagai Raja Muda Selangor.

Raja Muda Laut telah bersurikan Raja Daing Chahaya dan dikurniakan seorang putera, iaitu Raja Alang. Keluarga diraja ini tinggal di sebuah rumah dikawasan ‘Batu Road’ pada ketika itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan ‘Kampong Gonggang’, iaitu nama asal jalan Ampang. Nama Raja Laut diabadikan sebagai nama sebuah jalan yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Advertisements