Adat dan budaya Melayu tradisional Malaysia merupakan suatu amalan yang diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu dan ditinggalkan menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat dan budaya tradisional ini dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai Islam.
Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun.

Istana merupakan pusat ilmu suatu ketika dahulu dan menjadi sumber rujukan. maka amatlah penting adat dan budaya melayu itu dikekalkan demikian jua kepada warisan bangsa diraja mengangkat akan ianya agar tidak pupus dari peredaran masa.

Sekadar ini cebisan ilmu yang dapat dikongsikan.

Adat pertuturan istana bagi Paduka Sri Tuanku didalam pertuturan harian.
Takkala baginda Tuanku [ SULTAN ] bertitah, hendaklah menjawab “TUANKU” setiap kali bersetuju iaitu menggantikan “YA”.
Gunakan “Ampun Tuanku” atau “Tuanku” di pangkal atau di penghujung ayat semasa bertutur mengadap Tuanku.
Adat pertuturan istana bagi Raja, Tengku, Engku didalam pertuturan harian.
Panggilan sapaan bagi Raja, Tengku, Tunku adalah ENGKU.
Kata ganti diri bagi panggilan SAYA ataupun I adalah PATIK, dan hendaklah menjawab “KU” setiap kali bersetuju iaitu menggantikan “YA”.

Tanpa mengira sama ada, bertutur dengan Atuk, Nenek, Ayah, Ibu, saudara mara sendiri dan seandainya ianya dari benih Warisan Bangsa Diraja MAKA WAJIB ia bertutur didalam Adat pertuturan istana bagi Raja, Tengku, Engku didalam pertuturan harian.
Terlalu banyak warisan bangsa diraja yang merupakan generasi baru tidak mengetahui dan tidak mahu mempraktikkannya, sesungguhnya akan pupus adat yang diperadatkan dari zaman berzaman.

Untuk rujukan lebih lanjut sila merujuk :-
https://www.facebook.com/notes/engku-kobat-a-saguntang-legacy/bertutur-adab-istana-tengku-engku-payung-tuan/197073553636161