Jata ataupun dalam ertikata lain sebagai mana merujuk Kamus Dewan ialah Lambang Kebesaran Negeri dan jata diraja hanya digunakan pada kepada kenderaan Sultan, Raja Perempuan, Bakal-Bakal Raja bagi Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu DYTM Raja Muda dan DYAM Raja Di Hilir.

WARIS NEGERI PERAK mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, adalah zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang (18) kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak BENIH turun temurun sehingga yang akhir sekali, ini kerna sistem pemerintahan beraja Perak berlainan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Setiap bakal sultan akan melalui tangga-tangga raja bergelar sebelum menduduki tahta utama negeri. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan.

Negeri Selangor ianya hanya dikhaskan kepada Paduka Sri Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda. Namun di Selangor mempunyai Jata Warisan Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang lebih dikenali sebagai Suleiman Takok yang digunakan oleh Anakanda, Cucu, Cicit, Piut (Warisan Sultan Alauddin Suleiman Shah) dan jata ini telah digunakan ketika era tahun 50an.

JATA WARIS NEGERI dan JATA SULEIMAN TAKOK hanya kepada Waris sahaja. Ianya bukan untuk bermegah-megah, jauh sekali untuk bebas daripada peraturan di jalan raya dibawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (AKTA 333) DAN PERATURAN LALULINTAS 1958 tetapi hanyalah sebagai lambang ukhuwwah dan silaturahim sesama Warisan Kekeluargaan Diraja. Barangsiapa diantara Waris Negeri Perak dan jua Warisan Sultan Suleiman yang melakukan kesalahan pasti akan dikenakan tindakan undang-undang negara.

Pemakaian badge kereta Waris Negeri Perak atau Alauddin Suleiman Shah tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang.

Di antara syarat-syarat pengunaan Crest (BADGE CAR) adalah seperti perincian dibawah.

1. Crest hanya boleh dipakai di hadapan kenderaan sahaja.
2. Crest hendaklah ditutup jika pemandu kenderaan tersebut BUKAN Waris Negeri.

CREST Warisan Diraja umpama maruah didalam memartabatkan institusi kekeluargaan Warisan Diraja. Tiada apa lagi yang tinggal untuk KAMI sebagai Warisan melainkan ‘crest’ ini sahaja sebagai lambang ukhuwwah dan silaturahim BUKAN untuk bermegah.

PERHATIAN:

Mana-mana individu yang bukan Warisan Diraja yang masih sedar akan benih batang tubuh diri sendiri harap dapat membuka Crest/Logo seperti diatas.

Seandainya didapati anda BUKAN WARISAN YANG SAH dan dianggap sebagai mencemar nama baik, tindakan membuat laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat berdasarkan no pendaftaran kenderaan agar tindakan boleh diambil kerana mencemari institusi beraja.

Khas Bagi Warisan Keturunan Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa – Sultan, Raja Yang Dipertuan Selangor Ke 4. “Crest Suleiman Takok adalah dirujuk kepada Jata”

BADGE ATAUPUN CREST TIDAK DIJUAL/ TIDAK SAH DIPAKAI KEPADA MANA-MANA INDIVIDU YANG TIDAK DIKATEGORIKAN SEBAGAI WARIS NEGERI dan WARISAN SULEIMAN TAKOK KERNA IANYA BOLEH DITAKRIFKAN KESALAHAN DIDALAM PENIPUAN khususnya BANGSA ASING, JANGAN TERPEDAYA KHUSUSNYA BANGSA ASING DAN ADALAH WAJIB BERTANYA SIAPA KEPADA SI PEMAKAI DIKALANGAN MEREKA BERBANGSA MELAYU, SEPERTI DARI WARISAN MANA, HUBUNGAN KEKELUARGAAN, DAN MERUJUK KEPADA WARISAN YANG LEBIH TUA UNTUK KEPASTIAAN DAN YANG PENTING NO PENDAFTARAN KENDERAAN TERSEBUT DI REKOD.

NOTA PENTING :

Terdapat banyak orang luar yang menyamar sebagai WARIS NEGERI PERAK dan WARISAN ALAUDIN SULEIMAN SHAH dengan mengunakan BADGE CAR WARISAN DIRAJA bagi tujuan BERMEGAH DIRI!!!

MANUSIA PENDUSTA PASTI BINASA,
MEROSAK NAMA WARISAN DIRAJA,
LUPA DIRI NAK BERMAHARAJALELA,
PENGKIANATAN BANGSA PEROSAK INSTITUSI BERAJA.

BADGE RIS adalah dibentuk oleh Bekas Raja Kecil Besra Perak, YAM Raja Datuk Seri Izzudin Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah ketika menjadi Raja Bergelar Negeri Perak kerana melihat Crest Bonda Saudara iaitu YAM RAJA DATO HAJJAH INTAN SURAIYA BT ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SHAH dan hanya dipakai oleh YAM Raja Datuk Seri Izzudin Iskandar Shah sahaja bukan orang lain.

BADGE CAR : YAM RAJA DATO HAJJAH INTAN SURAIYA BT. ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SHAH DPCM.

WATIKAH DIRAJA ianya HANYA BOLEH DIKURNIAKAN OLEH SULTAN SAHAJA bukan Raja-Raja biasa demikian jua pengunaan BADGE CAR AHLI DIRAJA PERAK, KELUARGA DIRAJA PERAK kerana Di Perak hanya adalah WARIS NEGERI bukan Keluarga Diraja mahupun Ahli Diraja.

Jata Kereta Badge RIS adalah dibentuk oleh Bekas Raja Kecil Besra Perak, YAM Raja Datuk Seri Izzudin Iskandar Shah untuk peribadi tetapi tidak tertulis KELUARGA DIRAJA hanya tertulis perkataan RIS saja.

Contoh : Watikah Pengurniaan Pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Almarhum Tunku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran “DiRaja” kepada pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai saat itu pasukan polis dikenali dengan nama “Polis Di Raja Persekutuan” atau “The Royal Federation of Malayan Police”.

Sumber :
– Penubuhan Pasukan Polis di Kedah.
– Undang-Undang Tubuh Negeri Perak