Baginda seorang yang kuat melaksanakan amanah sebagai Khalifah di muka bumi sepanjang hidup dan baginda akan bangun sebelum jam 6:00 pagi setiap hari dan segera ke tempat kerja dan menjadi contoh kepada pembesar-pembesar dan lain-lain orang dan akan menghadiri hal-hal yang melibatkan pembangunan Negeri Selangor.
baginda jua berada dalam kesihatan yang amat baik dan sempurna hingga membawa kepada Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke 71 tahun.
Itulah Baginda Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa – Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Ke Lima (5)

Barang sesiapa orang yang bertemu dengan baginda akan terpikat oleh kepesonaan dan ihsan baginda, tetapi selepas berkenalan maka akan merasai bahawa baginda merupakan seorang Raja Yang Dipertuan yang ikhlas di dalam setiap perkara yang dilaksanakan di dalam kehidupan.

Baginda, walaupun melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan berhadapan dengan awam, namun hakikatnya baginda merupakan seorang lelaki yang agak pemalu, yang secara semulajadi cenderung kepada kesederhanaan dan mengelakkan daripada upacara-upacara yang ke arah kemahsyuran. Tetapi apabila di dalam sesebuah majlis yang disertai baginda akan menunjukkan ilmu pengetahuan tentang adat secara terperinci agar majlis tersebut tidak menjatuhkan maruah dan memberikan ketenangan dan ruang-ruang ketika sesuatu majlis itu berlangsung dan mewujubkan perpaduan di antara satu sama lain.

Baginda seorang yang penyayang secara semula jadi. Namun perwatakan baginda akan menjadi tegas di dalam hal-hal agama, ini adalah kerana baginda mempunyai kedalaman tentang agama dan baginda jua percaya bahawa hanya dengan pengetahuan dan amalan agama, bangsa Melayu dapat merealisasikan hala tuju insani dan membangunkan semangat keutuhan sifat yang baik yang akan mempengaruhi seluruh hidup dan merupakan sebab untuk merendah diri.

Al-Fatihah :- Buat Mohom Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa