PENYERAHAN KUALA LUMPUR-WANGSA MAHKOTA SELANGORDetik bersejarah upacara menandatangani Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan disaksikan oleh Raja-Raja Malaysia pada 1 Februari 1974. Sultan Selangor diwakili oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj Ibni Sultan Hisham’ uddin Alam Shah Al Haj. Kawasan Batu Tiga telah dibangunkan untuk dijadikan ibu negeri Selangor yang baru iberi nama Shah Alam sempena nama ayahanda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Abdul Razak.
Perjanjian tersebut disiarkan secara langsung melalui radio dan televisyen Malaysia.

Dalam pilihanraya 1969, kerajaan Persekutuan Malaysia di bawah parti Perikatan tidak mendapat majoriti 2/3 di negeri Selangor berikutan kemenangan parti DAP di banyak tempat. Kuala Lumpur yang menjadi kubu parti DAP menyebabkan kerajaan sukar mentadbir ibu negara Malaysia dengan sempurna.

Ketika pilihan raya 1969, Menteri Besar Selangor ialah Dato ‘ Harun Idris.
Bagi melancarkan pentadbiran di Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia, parti Barisan Nasional telah mencadangkan Kuala Lumpur dikeluarkan dari kerajaan negeri Selangor.

Kerajaan negeri Selangor terpaksa berkorban demi kestabilan dan perpaduan di dalam negara. Jika Kuala Lumpur tidak dikeluarkan, Peristiwa 13 Mei mungkin akan berulang dan Kerajaan negeri Selangor mungkin terdiri daripada wakil DAP. Sengketa kaum pasti akan berulang.

Sultan Of Selangor - Sultan Salauddin Abdul Aziz Shah

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al Haj

Tindakan ini adalah menyamai dengan tindakan Tunku Abdul Rahman Putra mengeluarkan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. Bilangan penduduk Singapura berjumlah lebih 2 juta akan menyebabkan jumlah pengundi akan berubah. Pentadbiran negara yang mengikut sistem majoriti akan menyebabkan Ketuanan Melayu dalam keadaan tidak teguh. Biar rugi sedikit, jangan rugi banyak.

Sumber :

Arkib Negara