Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan) merupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[2] Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Negeri ini mengamalkan sistem raja perlembagaan sejak turun-termurun, dan sekarang di bawah naungan Paduka Sri Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Semenjak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar ketika ini adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).

Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Selangor adalah satu daripada dua negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain Sarawak. Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia, ini berikutan pembangunan pesat akibat daripada kemodenan di Lembah Klang.
Selangor juga merupakan negeri yang terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini merupakan negeri yang termaju di Malaysia dengan mempunyai infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam. Bilangan penduduk di negeri ini juga, merupakan yang terbanyak di Malaysia dengan kualiti hidup yang tinggi dan kadar kemiskinan negeri yang terendah di Malaysia.

Etimologi

Asal nama Selangor tidak jelas, walaupun beberapa sumber mendakwa bahawa namanya telah diambil daripada perkataan “selangau”, iaitu sejenis lalat besar, disebabkan oleh bilangan lalat yang ada berhampiran dengan Sungai Selangor, di bahagian barat laut negeri ini. Satu lagi teori mendakwa bahawa nama negeri ini diambil daripada frasa “Selang Ur” bermaksud “tanah selat” (“ur” membawa maksud “tanah” dalam bahasa Tamil). [3], [4]
[sunting]Sejarah

Sejarah Selangor

Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.
Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874 iaitu J.G Davidson. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.

Geografi

Rencana utama: Geografi Selangor
Selangor secara umumnya merupakan kawasan yang landai. Ia terletak antara Banjaran Titiwangsa dan Selat Melaka.

Daerah

Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu :-
Petaling & Shah Alam شاه عالم & ڨتاليڠ
Shah Alam شاه عالم
Petaling Jaya ڨتاليڠ جاي
Subang Jaya سوبڠ جاي
Kelana Jaya كلانا جاي
Damansara دمنسارا
Puchong ڨوچوڠ
Serdang سردڠ
Seri Kembangan سري كمبڠن
Sungai Buloh سوڠاي بولوه
Klang كلڠ
Kapar كاڨر
Meru ميرو
Pandamaran ڨندمرن
Bukit Raja بوكيت راج
Sabak Bernam سابق برنم
Sekinchan سكينچن
Bagan Nakhoda Omar باڭن ناخودا عمر
Sungai Ayer Tawar سوڠاي ا اير تاور
Panchang Bedena ڨنچڠ بدنا
Pasir Panjang ڨاسير ڨنجڠ
Gombak ڭومبق
Rawang راوڠ
Kundang كوندڠ
Kuang كواڠ
Ulu Klang اولو كلڠ
Selayang سلاياڠ
Batu Caves باتو كاۏ س
Gombak Setia ڬومبق ستيا
Kuala Selangor كوالا سلاڠور
Tanjung Karang تنجوڠ كارڠ
Batang Berjuntai باتڠ برجونتاي
Api-api اڨي-اڨي
Jeram جرام
Ijok ايجوق
Hulu Selangor هولو سلاڠور
Kuala Kubu Bharu كوالا كوبو بهارو
Rasa راس
Serendah سرنده
Ulu Yam اولو يام
Ulu Bernam اولو برنم
Batang Kali باتڠ كالي
Sepang سڨڠ
Dengkil دڠكيل
Cyberjaya سايبرجاي
Salak Tinggi سالق تيڠڭي
Sungai Pelek سوڠاي ڨيليق
Kuala Langat كوالا لاڠت
Teluk Panglima Garang تلوق ڨڠليما ڭارڠ
Morib موريب
Jenjarom جنجاروم
Banting بنتيڠ
Sijangkang سيجڠكڠ
Tanjung Sepat تنجوڠ سڨات
Hulu Langat هولو لاڠت
Kajang كاجڠ
Semenyih سمڽيه
Balakong بلاكوڠ
Bangi باڠي
Beranang برنڠ
Hulu Langat هولو لاڠت
Ampang Jaya امڨڠ جاي

Pentadbiran

Negeri Selangor ditadbir dan dikelola oleh :-
Gombak ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang
Hulu Langat terbahagi kepada dua:
Majlis Perbandaran Kajang mentadbir seluruh Kajang dan Hulu Langat
Majlis Perbandaran Ampang Jaya mentadbir seluruh Ampang dan Ulu Klang
Hulu Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Hulu Selangor
Klang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Klang
Kuala Langat ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Langat
Kuala Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Selangor
Petaling terbahagi kepada tiga:
Majlis Bandaraya Petaling Jaya mentadbir bandaraya Petaling Jaya
Majlis Perbandaran Subang Jaya mentadbir seluruh Subang Jaya, USJ, Puchong, Serdang dan Seri Kembangan
Majlis Bandaraya Shah Alam mentadbir bandaraya Shah Alam dan Sungai Buloh
Sabak Bernam ditadbir oleh Majlis Daerah Sabak Bernam
Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang
Bandar-bandar utama di Selangor adalah Shah Alam (ibu negeri), Klang, Ampang, Kajang, Banting, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Rawang dan Semenyih.

Demografi penduduk dan Agama

Jumlah penduduk Negeri Selangor pada tahun 2010 adalah sejumlah 5,462,141 orang. Peratusan mengikut kaum adalah Bumiputera sebanyak 57.1%, Cina 28.6% , India 13.5% dan lain-lain sebanyak 0.8%. Dari segi anutan pula, Islam merangkumi 57.9%, Kristian 3.8%, Buddha 24.4%, Hindu 11.6% dan lain2 anutan 2.3%.

Kerajaan

Negeri Selangor mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Sultan negeri ini merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Sejak tahun 2001, gelaran Sultan telah dipegang oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dimiliki oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan ini melantik ahli Dewan untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 10 Mac 2008, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

Agensi kerajaan negeri

  1. Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor
  2. Pejabat Tanah dan Galian Selangor
  3. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
  4. Perbendaharaan Negeri Selangor
  5. Jabatan Agama Islam Selangor
  6. Jabatan Mufti Negeri Selangor
  7. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
  8. Jabatan Perhutanan Selangor
  9. Jabatan Pertanian Selangor
  10. Jabatan Kerja Raya Selangor
  11. Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor
  12. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor
  13. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor
  14. Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor
  15. Lembaga Muzium Selangor
  16. Lembaga Urus Air Selangor
  17. Lembaga Zakat Selangor
  18. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
  19. Majlis Agama Islam Selangor
  20. Majlis Sukan Negeri Selangor
  21. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
  22. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
  23. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
  24. Selcat

Ekonomi

Negeri Selangor memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan KDNK (keluaran dalam negara kasar) per kapita (PPP) yang tertinggi di Malaysia iaitu sekitar USD33,147 pada tahun 2008, setanding dengan nilai per kapita negara eropah barat dan Hong Kong. Bidang eksport, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi negeri Selangor.

Perindustrian dan perdagangan
Sektor perindustian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008, malah ia merupakan nadi ekonomi Negara. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta proton dan perodua. Kereta import juga beroperasi di negeri ini seperti Toyota, Nissan, Volkswagen, Ford, Volvo, BMW dan banyak lagi. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranya Panasonic dari Jepun, Procter & Gamble dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, Nokia dari Sweden dan banyak lagi. Antara kawasan perindustrian yang terkenal ialah di Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang, Rawang, Selayang, Ampang Jaya dan Petaling Jaya.
Pelabuhan Klang yang merupakan faktor utama kemajuan perindustrian di Selangor, pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang tersibuk dan terpenting di Malaysia. Negeri Selangor juga menjadi tarikan utama pelabur asing dari luar negara.

Pertanian

Selain terkenal dengan perindustrian dan pelabuhan, bidang pertanian juga semakin berkembang maju walaupun hanya menyumbang 3.1% kepada KDNK negeri. Antara kerjayaan yang telah dikecapi adalah seperti Selangor Fruit Valley merupakan pengeluar buah-buahan tropika terbesar dunia seperti belimbing, betik dan pisang. Begitu juga dengan sawah padi di Kuala Selangor yang diurus secara estet dengan kaedah pengairan serta penanaman moden, berjaya mengeluarkan hasil purata sehektar tertinggi di negara ini iaitu lebih 7 tan sehektar. Aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah juga dijalankan di negeri ini.

Perkhidmatan

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang kedua terbesar terhadap KDNK negeri iaitu sebanyak 38%.

Sumber :
Wikipedia