Perjanjian Damai dan Persahabatan telah ditandatangani oleh Sultan Selangor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris Pada 20 Ogos 1825. Syarikat Hindia Timur Inggeris berminat untuk meluaskan pengaruhnya setelah perjanjian Inggeris – Belanda ditandatangani pada 17 Mac 1824. Inggeris bimbang akan pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu.

Oleh itu pada 1825, Gabenor Rullerton di Pulau Pinang telah menghantar John Anderson ke Selangor, untuk menandatangani Perjanjian Damai antara Perak dan Selangor serta Perjanjian Persahabatan antara Selangor dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris.

  • Sultan Selangor dan Inggeris bersetuju mengesahkan Perjanjian Perdagangan bertarikh 23hb. Ogos 1818.
  • Sultan bersetuju Sungai Bernam dijadikan sempadan tetap bagi jajahan takluk Selangor dan bersetuju tidak akan menyerang Perak.
  • Sultan bersetuju mengundurkan Raja Hassan dari Sungai Bidor.
  • Sultan dan juga pihak Inggeris tidak akan membenarkan lanun-lanun bersembunyi di tanah jajahan mereka.
  • Kedua-dua pihak bersetuju bekerjasama menangkap lanun, perompak, pembunuh dan lain-lain serta menyerahkan kepada pihak yang berkuasa.
  • Perjanjian ini mengekalkan keamanan dan perhubungan persahabatan di antara Selangor dan Inggeris

Pihak Inggeris telah membuat perjanjian yang sama dengan Sultan Perak pada 6hb September 1825.

Dengan perjanjian itu pihak Inggeris berjaya memperkukuhkan persahabatan dengan Sultan Perak dan Selangor.

Sumber : Arkib Negara