Almarhum Raja Kecil Sulong Raja Harun Al Rashid Ibni Almarhum Sultan Idris I merupakan di antara Raja Bergelar yang mempunyai pengetahuan tentang Adat Diraja di Zaman Purbakala…

Ini dapat dibuktikan takkala Almarhum terlibat didalam penulisan sebuah naskhah tulisan Jawi yang telah dicetak di Taiping pada tahun 1935 berjudul Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Daripada Zaman Purbakala.

Naskhah mengandungi 60 halaman dan telah dikarang dalam zaman pemerintahan Paduka Seri Sultan Alang Iskandar Shah (1918-1938).

Nama pengarang naskhah tiada dicatatkan, tetapi pada halaman awal naskhah ada disebutkan beberapa orang pembesar Waris Negeri dan Warisan Bangsa Diraja anataranya yang terlibat dalam penyusun, iaitu Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung, Duli Yang Amat Mulia Raja Bendahara, Yang Mulia Raja Qamar Bahrin, Yang Amat Mulia Raja Aman Shah dan Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja.

Potret : Sembangkuala