Kisah Almarhum Paduka Seri Sultan Alang Iskandar dengan Ulamak yang bernama Haji Nawawi Bin Haji Mohd Tahir yang merupakan Penasihat Agama kepada Baginda..

Pada suatu hari Paduka Seri Sultan Alang Iskandar telah memanggil para ulama Perak untuk berbuka puasa di Istana.
Belum pun tiba waktu berbuka, Baginda telah menyeru kepada semua yang hadir supaya menjamah makanan.

Semua mereka terdiam tidak berani membantah lalu Haji Nawawi bangun memberitahu baginda dengan kata-kata : “Kalau Tuanku hendak masuk neraka masuklah seorang”.

” Baginda memuji keberanian Haji Nawawi menegur Baginda dan memarahi ulama-ulama yang membisu dengan kata-kata.!!

“NASIB BAIKLAH DI NEGERI PERAK MASIH ADA ORANG YANG BERANI MENEGUR BETA..!!!
*** Kesimpulannya adakala seseorang insan akan cuba menguji seseorang untuk melihat keikhlasan diri sebenar.

Foto : Arkib Negara