Masyarakat Melayu pada masa memerintahan British masih menaruh harapan yang penuh kepada pengajian tradisional iaitu pengajian al-Qur’an. 

YM Raja Mahmud (Ada yang mengatakan bahawa Raja Mahmud berkait dengan Raja Berkat), kaum kerabat Sultan Selangor (Mohom Sultan Abdul Samad) sendiri pernah berkata bahawa baginda tidak akan menghantar anaknya sendiri atau anak-anak Melayu ke sekolah kerajaan anjuran British kerana pendidikan agama tidak termasuk dalam isi kandungan pengajaran di sekolah tersebut. Hal ini menarik perhatian pegawai-pegawai Inggeris untuk merubah sistem pendidikan di mana sebelah pagi diajar mata pelajaran akademik seperti bahasa Melayu, Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris, manakala di sebelah petang pula diajar pendidikan al-Qur’an.

Satu mesyuarat juga pernah diadakan antara pihak Residen Inggeris dan ketua-ketua masyarakat Melayu Kuala Lumpur yang berminat dengan usaha memperbaiki pendidikan anak-anak Melayu Kuala Lumpur pada tahun 1882.