Sang Mentari Mengelilingi Bumi,
Payung Rakyat Raja Negeri,
Aman Damai Rakyat Negeri,
Amanah Diberi Pembesar Negeri,
Agar Mentadbir Kanun Ilahi,
Bukan Menindas Rakyat Negeri,
Mahupun Mengumpul Harta Duniawi.

Rahsia Alam Penuh Mesteri,
Menjadi Saksi Segala Di Bumi,
Tatkala Pemimpin Mengejar Duniawi,
Rakyat Ditindas Di Bumi Sendiri,
Sekalian Pembesar Mengadai Negeri,
Azab Ilahi Membinasa Negeri,
Akhirnya Di Terbalik Seluruh Negeri.

Tegak Meluru Menurut Nafsu,
Hukum Kehidupan Atas Duniawi,
Namun Begitu Jangan Terburu,
Perselisihan Faham Sering Terjadi,

Derita Orang Yang Sabar,
Dituduh Berdusta Bercakap Benar,
Nama Dicemar Orang Tak Gemar,
Takkan Bertukar Dari Menipu Biar Terlantar,

Dunia Penuh Tipu Daya,
Jujur Berkata Menjadi Mangsa,
Pandai Menipu Lekas Berharta,
Biarlah Merana Hidup Tak Berdusta