Tengku Kelana Petra Gelarannya
Tengku Musa Eddin Empunya Batang Tubuhnya,
Dikasih Ayahanda, Demikian Adanya,
Amanat Ayahanda Sentiasa Dijaga,

Moga Menjadi Satu Ingatan,
Inggeris Durjana Melanggar Adat,
Adat Dipisahkan Raja Singkirkan,
Pewaris Raja Menjadi Kerabat,

Penuh Gelora, Tahun Lamanya,
Tengku Kelana Sepatutnya Bertakhta,
Inggeris Pula Menyingkirnya Pula,
Ingin Diganti Dengan Tengku Laksamana,

Tersebut Inggeris Buat Angkara,
Tergurislah Hati Paduka Ayahanda,
Bertekad Memelihara Adat Beraja,
Putra Gahara Pewaris Takhta,

Suratan Takdir Apakan Daya,
Tengku Musa Eddin Mengundur Dirinya,
Agar Tidak Huru Hara Negerinya
Biarlah Daulah, Ikut Adatnya,

Wahai Anakanda Tengku Musa Eddin,
Inilah Titah Sebagai Amanat,
Jagalah Adat Kasihilah Kerabat,
Melangkah Adat, Hilanglah Rahmat,

Kepada Nenda Penuh Kasihya,
Keteguhan Diri Tidak Dipersia,
Moga Dirahmat Tuhan Yang Esa,
Ditempat Bersama Ahli Syurga,

Wassalam Sudah, Penutup Kata,
Sejarah Benar Bukan Direka,
Itulah Dia Kisah Yang Nyata,
Buat Renungan Kita Semua.

Almarhum Paduka Sri Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ( Tengku Kelana ) Ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah – 1942-1945