YM RAJA DATO' SRI ARIF SHAH IBNI ALMARHUM RAJA KECHIL SULONG RAJA HAJI HARUN AL-RASHID.

Raja Arif Shah berpakaian Waris Negeri Perak

Raja Dato’ Sri Arif Shah Bin Almarhum Raja Kechil Sulung Raja Haji Harun Al-Rashid. Dilahirkan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 1 September 1906 dan kembali kerahmatullah pada 25 Januari 1975.

Raja Dato’ Sri Arif merupakan anakanda sulung hasil perkahwinan Almarhum Raja Kechil Sulung Perak – Raja Harun Al-Rashid Al Haj bersama Cik Puan Rahmah Binti Ngah Ahmad yang merupakan isteri pertama di antara suri-suri Almarhum Raja Kechil Sulung Raja Haji Harun Al-Rashid.

Hasil pengkongsian hidup Raja Arif Shah bersama suri-surinya ;
Pertama Y.A.M Tengku Izah Binti Almarhum Sultan Amaluddin al Sani Perkasa Alam Shah–Sultan Deli dan bercerai kemudian mendirikan rumah tangga bersama Isteri Kedua Cik Puan Aziza Binti Abdullah dan Isteri yang Ketiga yakni Y.A.M Tengku Hajjah Safiah Binti Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah –Sultan Selangordikurniakan beberapa putera dan puteri;

Tengku Izah
Tidak memperolehi anakanda

Cik Puan Aziza
– Y.M. Raja Azhan
– Y.M.M Raja Perempuan Raja Muzwin – Raja Perempuan Perak
– Y.M. Raja Abdul Aziz

Y.A.M Tengku Hajjah Safiah Bt Almarhum Sultan Sir’ Ala’uddin Suleiman Shah
– Y.M. Allahyarham Raja Sallehuddin (Tok Ku Azam)
– Y.M. Raja Datin Seri Bismayazan (Ku Manja)
– Y.M. Raja Datin Seri Ainul Bismi (Ku Bismi).

Raja Dato Seri Arif Shah & Tengku Hajjah Safiah serta Ku Azam

Dari kiri : Raja Salehuddin (Ku Azam), Tengku Hajah Safiah dan Raja Arif Shah

Raja Arif Shah juga mempunyai beberapa anakanda angkat namun tidak kita ketahui akan ia hanya yang di ketahui, opah saya merupakan anak angkat kepada Raja Dato’ Sri Arif Shah bersama Y.A.M Tengku Hajah Safiah dari zaman kanak-kanak hingga dewasa (1944 hingga 1954) sebelum pulang kembali ke Istana Kota, Klang walaupun hakikat sebenar opah dan Y.A.M Tengku Hajah Safiah merupakan sepupu dari susur galur Almarhum Sultan Abd Samad kerana Mak kepada Opah merupakan sepupu kepada Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah. Detik Banun mengikut Tengku Hajah Safiah bermula apakala Tengku Khadijah ataupun lebih dikenali sebagai Ku Yong yang juga merupakan Kekanda kepada Tengku Hajah Safiah menyuruh Banun mengikut Tengku Hajah Safiah ke Kuala Kangsar.

Mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan telah berkhidmat dengan kerajaan Negeri Perak sebagai Penolong Pegawai Tanah di beberapa daerah di dalam Negeri Perak sebelum menjadi Majistret. Kronologi perkhidmatan awam Raja Arif Shah dalam perkhidmatan awaman antaranya Pegawai Penempatan, Penolong Pemungut Hasil Tanah Hilir Perak dan Majistret Kuala Kangsar, Sungai Siput Lenggong dan Gerik.

Raja Dato Seri Arif Shah & Tengku Hajjah Safiah.

Raja Ariff Shah bersama Tengku Hajah Safiah

Sebagai seorang Majistret,

Raja Arif Shah telah melalui pelbagai jenis kes sepanjang kerjayanya. Antaranya Raja Arif Shah pernah cuba di sogok oleh seseorang individu sekitar tahun 1965 ketika mengendalikan sebuat kes namun tindakan pantasnya telah membawa individu tersebut di hukum penjara 6 bulan. Raja Arif Shah jua pernah mengendalikan kes Menteri Kerja Raya, Pos dan Talikom, Dato V. T Sambanthan sekitar tahun 1959.

Raja Arif Shah terlibat didalam pembentukkan Majlis untok pemegang-pemegang Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sekitar tahun 1965 dan merupakan Pengerusi Majlis tersebut. Tujuan penubuhannya adalah memberi satu penghormatan kepada penerima pingat tersebut bahawa mereka menerima satu pingat yang dihormati oleh anggota masyarakat di atas sumbangan jasa kebaktian yang disumbangkan sehingga dikurniakan pingat jasa kebaktian oleh pemerintah.

Raja Arif Shah jua Pengerusi kepada Majlis Bintang Kebesaran dan Pingat Negeri Perak. Pada tahun 1971, Raja Arif Shah telah menerima Anugerah Palang Merah anugerah kedua tertinggi dari pada Persatuan Palang Merah Malaysia.