Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin Bt Almarhum Raja Dato’ Seri Arif Shah diputerikan 1 Mac 1929 Baginda merupakan Waris Diraja Perak dari sebelah ayahanda baginda yakni Yang Mulia Raja Dato’ Sri Arif Shah Ibni Almarhum Raja Kechil Sulung Raja Harun Al-Rashid Ibni /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Bodoni MT”; panose-1:2 7 6 3 8 6 6 2 2 3; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:3 0 0 0 1 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:””; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”; mso-bidi-font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-language:EN-US; mso-bidi-language:AR-SA;} span.st {mso-style-name:st;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –> Almarhum Sultan Idris Murshiduladzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Ahmad @ Sultan Muda Ahmad.


Baginda telah dipertemukan jodoh dengan Raja Bendahara Idris Shah pada tahun 1944 kemudian menjadi Sultan Idris Shah – Sultan Perak ke 32 pada 26 Oktober 1963 seterusnya telah ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak.


Hasil daripada perkongsian Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin bersama Almarhum Sultan Idris Shah dikurniakan empat orang anakanda yakni dua orang putera dan dua orang puteri iaitu, Y.A.M Raja Dato’ Seri Iskandar Zulkarnain (Kini bergelar Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan) dan Y.A.M Raja Dato’ Seri Ir Jamil Ariffin, dan dua orang puteri bernama Y.A.M Raja Dato’ Seri Nadzatul Shima (Raja Puan Mahkota) dan DYMM Raja Zarith Sofiah (DYMM Isteri Sultan Johor).

Jika mengikuti pertalian kekeluargaan baginda seakan berkahwin dengan pangkat ayah saudara yakni dari hubungan kekelurgaan seperti di bawah

Sultan Idris Murshidul Azam Shah

Raja Kechil Sulung

Raja Harun Al Rashid

Sultan Iskandar Shah Kadassallah

Raja Ariff Shah

Sultan Idris Shah II

Raja Muzwin

Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin jua mempunyai kelebihan yang tersendiri hasil dari didikan yang diberikan oleh Ayahandanya hingga mampu berbahasa kantonis dan hokien.

Namun yang hidup pasti akan kembali ke tempat asal, maka pada 6 Oktober 2011 baginda telah mangkat di Institut Jantung Negara dan di makamkan di Makam Diraja Bukit Chandan lepas asar di hadiri oleh Raja-Raja Melayu, Waris dan Kerabat Negeri dan rakyat jelata