Jun 2011, patek bersama Yang Amat Mulia Raja Shahruzzaman Ibni Almarhum Sultan Idris Shah dan Yang Mulia Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa telah berkunjung ke Teratak Atuk di Kampung Klah Baru, Sungkai.

Kunjungan silaturahim Warisan Diraja dalam memperkukuhkan hubungan kemesraan dan memartabatkan Institusi kekeluargaaan.

unjungan silaturahim Warisan Diraja telah di sambut oleh Bapa Saudara Patek yakni bersama Opah Banon Jamaliah Jahor yang juga merupakan Cicit kepada Almarhum Sultan Sir’ Abdul Samad Ibni Ungku Panglima Raja Abdullah (Dari Sebelah Ibu dan Bapa – Ayah kepada Bapanya merupakan Pawang DiRaja Selangor) dan Anakanda angkat kepada Raja Dato Seri Arif Shah Ibni Raja Kechil Sulong Raja Harun Al-Rashid.

Pertemua silaturahim atuk patek yakni Ramli @ Raja Mohamzan bersama YAM dan YM boleh dijadikan tapak perhubungan mesra kekeluargaan yang terputus sejak peristiwa huru hara Negeri Perak suatu ketika dahulu. Atuk bukanlah dari Sungkai, kerna Sungkai ini adalah tempat asal Mak kepada atuk yang merupakan penduduk asal Sungkai di Tiang Bertarah, Sungkai.

Namun asal benih warisan atuk adalah dari Batak Rabit, Teluk Intan dan moyang kepada atuk Bergelar Pawang Besar yang jurai benih dari Warisan Diraja Bugis Perak.

Semoga dengan silaturahim ini akan terus mengalir sebagaimana sungai yang mengalir dan moga Allah SWT memberkati dan merahmati pertemuan silaturahim ini…