9-12 Sept 1983 -Istiadat Perkahwinan Diraja Perak
antara Raja Zarith Sofiah dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail
di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.

Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Alallahi Shah, diputerikan pada 14hb. Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.

Merupakan puteri kedua dan anakanda yang ketiga kepada D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak Ke 33 dan D.Y.M.M. Raja Perempuan Perak yakni Almarhum Paduka Seri Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah dan Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar hingga darjah enam. Setelah tamat pengajian di sekolah rendah, meneruskan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Jenis Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar.

Dalam bulan September 1972, Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah telah melanjutkan pelajaran di Chaltenham Ladies College, di England hingga tingkatan enam. Meneruskan pelajaran di Davies’s College, London bulan September 1977 dan tahun berikutnya diterima masuk ke Somerville College, di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination.

Menamat pengajian di Universiti Oxford dengan mendapat Ijazah Bachelors of Arts dalam bulan Jun 1983 dan mengikut tradisi Universiti Oxford, dan telah menerima Ijazah Master of Arts selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.

Dalam tahun 1980 telah berpeluang melawati Turki dan Mekah untuk menunaikan umrah bersama Paduka ayahanda dan bonda serta keluarga.
Pada tahun 1985, Yang Maha Mulia telah menunaikan Haji bersama D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

Seperti juga Paduka Ayahandanya, yang merupakan seorang yang kaya dengan bakat seni terutama sekali seni lukisan dan lukisan-lukisannya pernah menjadi hiasan buku cenderamata Pesta Lukisan Kanak-Kanak.

Mempunyai persamaan sebagaimana sifat terpimpin Paduka Ayahandanya yang merupakan seorang yang peramah dan jiwa rakyat dan sentiasa menyedari dan menghargai segala pengorbanan anggota-anggota Pasukan Keselamatan.

Pada bulan Mac 1983, Paduka ayahandanya D.Y.M.M. Sultan Perak telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran ‘Seri Paduka Cura DiManjakini (S.P.C.M.) kepada Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah.