Jarak Bukan Pemutus Kata,
Hanya Menguji Ketabahan Hati,
Walau Tidak Bersua Sentiasa,
Pasti Akan Muncul Kembali.
Berkerdipan Di Langit Menghias Bumi,
Kau Penyeri Bintang Hati,
Adalah Kala Ianya Sembunyi,
Tidak Jauh Selalu Di Hati,
Bagaikan Mutiara Bersinar Kembali
Bersemi Menyirami Ketandusan Hati
Di Iring Doa Setulus Hati
Bagai Hujan Menyirami Bumi
Jauh Merantau Pelusuk Negeri
Ketenangan Jiwa Yang Di Cari
Akhirnya Sedari Kedamaian Di Cari
Ianya Berada Di Dalam Diri
Suasana Berubah Musim Berganti
Namun Ikatan Tersimpul Rapi
Walaupun Jauh Tidak Ketahui
Namun Begitu Tetap Dihati
Mengharapkan Jawapan Yang Tersembunyi
Moga Temui Segala Yang Cari,
Cinta Sejati Kekal Di Hati
Bunga Berduri Kurniaan Ilahi
Kasih Tidak Bertukar Ganti
Walaupun Dugaan Menguji Diri
Syukur Rahmat Pada Ilahi
Cinta Sejati Bersemi Didalam Hati.

Nurkilan : Ku Alam