Kisah meriam datangnya pada tahun 1961 dengan mengandungi beberapa cerita lama yang agak tidak dapat dipercayai oleh akal manusia di zaman sains dan teknologi ini. Walau bagaimanapun disebabkan perkara ini telah berlaku, dianggap itulah sejarah. Tambahan pula bukti-buktinya masih boleh didapati melalui mereka yang terlibat.

Adanya meriam misteri ini adalah dengan inisiatif Datuk Penggawa Permatang Paduka Mahabijaya Kuala Selangor dengan bantuan beberapa orang kampung yang berminat di dalam bidang ini. Dari situlah meriam tersebut diberi nama Meriam Penggawa.

Tragedi

Lapan belas pucuk meriam yang masih ada di atas Bukit Selangor terdapat sepucuk darinya yang terpelihara dengan baik, malah meriam ini diberikan bangunan yang indah dan istimewa. Meriam ini pada mulanya terletak di atas tempat khas dibuat dari simen setinggi 3 kaki dalam sebuah pondok beratap zink…

Kini bangunan tersebut telah diperindahkan lagi ianya hampir menyerupai mimbar di dlm masjid…
Meriam ini juga tidak pernah sunyi dari berselimutkan kain berwarna kuning…

Disebalik rupa yg buruk tersembunyi suatu sejarah yg tidak dapat dilupakan oleh beberapa orang tempatan dan mereka yang hidup sezaman dengan kejadian tersebut… Meriam sepanjang 5 1/2 kaki dan garisan pusat muncungnya 7 inci ini sangat menarik ceritanya.

Mengikut cerita orang tua yang tahu mengenai hal ehwal senjata mengatakan meriam tersebut diperbuat dari besi kuning…

Percaya atau tidaknya mengenai cerita meriam ini adalah merupakan perkara kedua kerna tragedi itu berlaku setelah Negara telah mencapai kemerdekaan dan dunia telah lama menyeberang ke zaman sains dan teknologi…
Kejadian ni juga telah disaksikan oleh beribu-ribu penduduk Kuala Selangor dan sekitarnya…

Di antara mereka nama yang tercatat di bawoh ini benor-benar terlibat dalam kejadian tersebut…
Pertama.. YDH Datuk Hj. Ibrahim bin Datuk Ismail, Penggawa Permatang Paduka Mahabijaya Kuala Selangor.
Kedua.. En. Norbit bin Lakik, Jeram, bekas pekerja Majlis Daerah Kuala Selangor.
Ketiga.. En. Ab. Ghani bin Sulaiman, Ketua Kampong Jeram.

*** mereka merupakan sumber lisan untuk cerita berikutnya…

Meriam Meletup

Pada awal tahun 1961, Istana Alam Shah Klang telah siap dibina sebagai mengantikan Istana Mahkota Lama.

DYMM Sultan Abdul Aziz ketika itu belum lagi ditabalkan menjadi Sultan Selangor, seterusnya akan merasmikan istana tersebut.

Di halaman istana lama dahulu telah memang sedia ada enam pucuk meriam sebagai perhiasan, tetapi baginda berkehendakan supaya meriam tersebut dicukupkan tujuh pucuk bilangannya…

Dengan itu baginda telah menintahkan Datuk Penggawa Kuala Selangor mengambil salah satu sepucuk meriam yang ada di atas Bukit Selangor dibawa ke Klang. Datuk Penggawa sebagai yabg taatkan perintah menjunjong duli.

Setelah berunding dengan beberapa org pegawai kerajaan maka salah sepucuk meriam dari tiga pucuk sederet di tebing pintu Kota Selangor itupun hendak dibawa ke Klang…

Meriam tigo sederet tu mempunyai name masing-masing.. meriam pertama ialah.. Meriam Sultan Salehuddin..kedua Sultan Ibrahim..ketiga Sultan Muhammad


Setelah persetujuan dicapai, Datuk Penggawa pun memilih Meriam Sultan Ibrahim… Meriam itu bakal dibawa klang keesokan harinya.
Setelah malam walaupon keadaan cuaca di Kuala Selangor baik, tenang dan tiada menunjukkan akan hujan, tiada siapa menyangka tiba-tiba kedengaran bunyi letupan…

Letupan yang luar biasa ini telah menggegarkan beberapa buoh bangunan disekitarnya. Serentak dengan itu juga lampu nletrik semuanya padam dan Kuala Selangor menjadi gelap
Ketika itu tiada siapa menyangka suatu perkara ganjil berlaku. Masing-masing menganggap guruh atau petir menandakan hari hendak hujan.

Keesokan harinya Datuk Penggawa pagi-pagi lagi bersama-sama lori sampah dari Majlis Perbadaran Kuala Selangor menuju ke tempat meriam yang nak dibawa ke Klang. Sampai sahaja ke tempat yang dituju, Datuk Penggawa dengan keenam-enam orang buruh semuanya terkejut…

Mereka terkejut kerana mendapati Pokok Jati yang besar telah ranap membaham tanah dengan daunnya hangus seperti terbakar. Pangkalnya yg sebesor itu putus seolah-olah dipanah petir…

Kehairanan itu bertambah pula apabila beberapa orang lain sibuk memperkatakan semua pokok-pokok di kiri kanan jalan dari Kuala Selangor ke Assam Jawa sejarak 4 1/2 batu, semuanya hangus seolah-olah dimakan api…

Orang ramai mula membuat tafsiran msing-masing..tetapi titah Sultan pantang disanggah. Meriam pilihan tu terpaksa dibawa juga ke Klang… Tinggalah tapaknya sahaja kosong seolah-olah menunggu gantinya…

Keesokannya diberitakan Datuk Penggawa Permatang jatuh sakit… Perasaannya tidak tentu arah jiwanya rasa tertekan oleh sesuatu yang dia sendiri tidak tahu… Sesekali ingatannya melayang entah kemana menyebabkan fikirannya lemah… Beberapa orang doktor telah ditemui… Masing-masing mengatakan Datuk Penggawa tidak sakit..cuma fikirannya sahaja yang terganggu…

Datuk Penggawa cuba berubat kepada dukun Cina dan bbrapa orang bomoh Melayu yg diubat secara tradisional… Namunjawapan dari mereka tetap sama dan begitulah keadaannya berterusan… Terkecuali sorang daripada bomoh tersebut mengatakan. “Sekiranye Datuk Penggawa ingin sembuh, meriam Kuala Selangor yang dibawa ke Klang itu hendaklah diambil semula”.

Setelah mendengar nasihat dan pandangan dari beberapa otang yenga lebig tua.. maka Datuk Penggawa pun pergi mengadap Sultan dalam keadaan lemah memohon agar meriam diletakkan semula ke tempatnya di Kuala Selangor…

Permohonan Datuk Penggawa tidak diperkenan… Khbarnya beberapa orang besar istana jugak mendapat penyakit yang sama dengan Datuk Penggawa. Kegagalan ini menyebabkan penyakit Datuk Penggawa berterusan…

Dengan kehendak Sultan hal ini dipanjangkan ke pengetahuan EXCO Selangor untuk memutuskannya… Malangnya EXCO terlalu lambat membuat keputusan…
Kisah nie tersebar ke seluruh negeri Selangor. Terdapat sorang anggota Polis Diraja Malaysia bertugas d Balai Polis Rawang iaitu Raja Hamzah menjelaskan bahawa beliau bermimpi sekiranya Datuk Penggawa ingin sembuh meriam yg dibawa ke Klang itu perlu dikembalikan ke tempatnya semula..atau..tempat meriam di Kuala Selangor yang kosong itu mesti diganti dengan meriam lain.
Raja Hamzah juga dikenali sebagai bomoh/dukun….Kemudian beliaulah yang akan memainkan peranan di dalam tragedi ini…

Kemudian Pak Sampul selaku penjaga makam bermimpi agar semua meriam yang ada di selimutkan dengan kain kuning… Kerja-kerja membalut semua meriam ini pun dilakukan….

Di Kuala Sungai Buluh

Datuk Penggawa yang terus berubat dengan bomoh tadi telah mendapat suatu alamat dan menyatakan kepada Datuk Penggawa agar memerintahkn beberapa orang anak buahnya pergi ke Kuala Sg. Buluh, kira2 7 batu ke selatan Kuala Selangor…

Rombongan ni adalah bertujuan mencari sepucuk meriam lain yang akan didapati di Kuala Sungai Buluh sebagai mengantikan meriam yg dibawa ke Klang… Mengikut dukun nie..bahawa arahan tesebut adalah dari Datuk Panglima Hitam Selangor melalui Raja Hamzah…

Satu persembahan yakni kenduri kecil di perkarangan Makam DiRaja pun diadakan sebelum rombongan seramai 20 orang itu pergi… Bomoh (Raja Hamzah) bertindak sebagai ketua rombongan…

Rombongan ke Kuala Sg. Buluh tu sampai ke tempat yang dituju selepas waktu Zuhur… Dalam keadaan mencari-cari masing-masing saling berpandangan..tiba-tiba ternampak suatu benda bulat berwarna kelabu lumpur bercampur hitam timbul dari tengah-tengah lanyau yang becak…

6 orang daripadanya diperintahkan turun untuk mengambil meriam tersebut… Setelah meriam tersebut rapat ke pinggir sungai.. mereka pun mengangkat meriam tersebut dan dinaikkan ke dalam motorbot tetapi malangnya meriam itu jatuh semula ke dalam air…

Kejadian ni menunjukkan ada sesuatu perbuatan yang tidak sesuai…Dalam keadaan begini bomoh pon menjalankn tugasnya meriam tersebut pun diheret masuk ke dalam motorbot… Disebabkn cara menaikkan tur betul seperti yg dikehendaki…

Sebaik-baik sahaja meriam tu dimasukkn ke dalam motorboat, hujan panas pun turun… Enjin motorbot pula tidak boleh di hidup walaupun dicuba beberapa kali tetapi gagal… Bomoh terpaksa memaninkan peranan lagi sekali lagi.. kerana masa itu air sedang surut menyebabkan motorbot tersebut hanyut ke kuala sungai…

Sebetulnya meriam tersebut tidak mahu pergi ke Kuala Selangor tetapi ia ingin pergi ke Pulau Besar. Dan Upacara memujuk pun dilakukan..akhirnya enjin dapat dihidupkan semula… Meriam ni adalah sepasang berasal dari Kerajaan Melaka dahulu.

Setelah diadakan upacara atau istiadat demi istiadat..meriam itupun selamat dibawa ke Kuala Selangor… Ketika itu juga Datuk Penggawa telah sedia menunggu dengan penuh istiadat Raja-Raja Selangor…

Doa,selawat dan salam juga asap kemenyan menerawang ke angkasa… Meriam tersebut pun diletakkan di atas tmpat meriam yang dibawak ke Klang…

Seramai 6,8 dan 10 orang cuba mengangkat tetapi tidak berdaya… Dari kejadian ini tahulah Datuk Penggawa bahawa meriam tersebut tidak mengizinkan dirinya berada atau menggantikan tempat itu…

Bomoh memainkan peranan kembali dan … Akhirnya meriam tersebut berkehendakkan agar diletakkan berhampiran dengan kepungan makam Sultan dan halakan muncungnya ke arah dia diambil yakni ke Kuala Sungai Buluh… Akhirnya disemadikanlah meriam tersebut ke tempat yang ada kini…

Petoi Boga.

Kedatangan meriam baru ni benar-benar memberi kesan kepada Datuk Penggawa. Dua hari setelah meriam tersebut berada ditempatnya..Dato Penggawa pun pulih sepert sedia kala….

Dlm keadaan kelam-kabut inilah pula EXCO Selangor mengadakan mesyuarat dan membenarkan supaya meriam dari Kuala Selangor itu dipulangkan ke tempatnya..mengisi tempat yang kosong.. Hingga kini meriam itupun berada ditempat asalnya…

Mengikut keterangan dari Pak Sampul meriam baru ini memangnya pempuan… Namanya Petoi Boga dalam bahasa Bugis dan membawa maksud Puteri Putih dalam bhasa Melayu…

Sebagai mengenang tragedi ini meriam tersebut ditukar namanya kepada Meriam Penggawa.. bersempena nama jawatan Orang Besar Kuala Selangor yang terlibat secara langsung… Dari sejak itu pulak dikatakan Datuk Penggawa sering menerima berbagai-bagai alamat dan ilham melalui mimpi…

Pengistiharan nama baru ni telah dilakukn oleh YB Dato Muhammad bin Ya’akub, Bekas Menteri Besor Kelantan..yang pada ketika itu menjadi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Naib Yang DiPertua Persatuan Sejarah Malaysia pada 29 September1973…

Meletup Kali Kedua.

Pada 16 Ogos, 1976..bersamaan 22 Ramadhan 1396 iaitu hari Khamis kira-kira pukul 3.45 petang kedengaran suatu letupan amat kuat yang datangnya dari arah Bukit Kuala Selangor…

Tempat-tempat yang paling jauh kedengaran bunyi tersebut adalah Bukit Kerayong 25 batu dari Kuala Selangor ke selatan… Sekinchan di bahagian utara kira-kira 20 batu dari Raja Musa 16 batu ke timur… Ramai penduduk di pekan Kuala Selangor merasakn letupan ni agak berbeza dari bunyi yang lain… Kisah letupan yang ganjil ini dikatakan begitu serius…

Dari bahana letupan ini menyebabkan beberapa buah pejabat di Kuala Selangor seperti Pejabat Pos, Masjid, Balai Polis dan Bomba bergoncang. Ini diakui sendiri oleh mereka yang bertugas ketike tu…

Seorang pegawai yang bertugas di menara api di atas bukit yang sama begitu terkejut dengan letupan tersebut yang datangnya dari timur yakni dikawasan meriam tiga sederet itu…

Setelah berita ni tersebar dan diperkatakan oleh orang ramai..khasnya dari jemaah sembahyang Terawih pada malam tersebut..kira-kira pukul 8 malam hari Khamis malam Jumaat. Penulis (Dato’ Dr. Haji Yusuff) dan 4 orang yang lain membuat satu tinjauan ke tempat kejadian yang dikatakn itu…

Tiada apa2 kesan keganjilan yang didapati melainkan di antara 3 pucuk meriam duduk sederet lurus hanya meriam yang tengah itu sahaja yang didapati panas (hangat) sedangkan yang lain rasanya sejuk bersesuaian dengan keadaan malam ketika itu…

Keadaan ini menyebabkan rombongan ini bertambah minat untuk mengetahui dengan lebih lanjut… Keanehan bertambah kerana meriam yg sepanjang 8 kaki tu cuma 6 kaki dibahagian belakangnya (buntut) sahaja yang panas sedangkan 2 kaki di bahagian muncung tetap sejuk…

Hal ini disahkan oleh beberapa orang lain yang turut serta bersama penulis… Ada diantaranya yang menghulurkan tangan ke dalam mucung meriam tersebut untuk mencari sesuatu kesan yang boleh menguatkan lagi telahan tetap namun tidak mendapat apa-apa hasil pun…

Mereka-meraka yang sangat mengetahui hal ni adalah:-

En. Nardin bin Abdullah, seorang mata-mata di Balai Polis
En. Shahrin Shah bin Rahimin, dari Pejabat Pos
En. Ali bin Hassan yg sedang bertugas di Balai Bomba
En. Khairuddin bin Hj. Noor sedang bertugas di Bukit Kerayong (JKR) ketika kejadian…

Hal yang diperkatakan ini tidak mustahil… Memang boleh dikatakn setiap malam minggu berpuluh-puluh pasangan muda mudi naik ke bukit tersebut… Itulah perkara yang dianggap orang tua sebagai perkara maksiat yang menodai kesucian Bukit Selangor sehinggalah berlakunya tragedi itu…

Walaubagaimanapun cerita meriam Petoi Boga dikaitkan dgn 2 cerita…

Beberapa tahun kemudian En. Husain Bin Omar sorang peminat sejarah iaitu berkerja sebagai mandur di Majlis Daerah Kuala Selangor menjelaskan:-

Beliau telah diberitahu penemuan sepucuk lg meriam kira-kira 50 meter dari jambatan Sungai Buluh, Kuala Selangor dalam bulan Ramadhan…

Meriam ini dikatakan ada hubung kaitnya dengan Petoi Boga meriam ini kononnya lelaki…

Penemuan meriam kedua ni pada jam 8.30 malam hari Ahad bersamaan 18 April 1982 di Sungai Buluh, Kuala Selangor oleh sorang nelayan Cina… Apa bila berita ini diberitahu En Husain Omar bersama bersama YM Raja Baharuddin Bin Raja Borhan ketika itu sebagai Ketua Polis (OCPD) Kuala Selangor bergegas melihat…

Dengan kerjasama pihak Polis Diraja Kuala Selangor, meriam ini dapat dibawa pulang ke Kuala Selangor… Kemudiannya diletakkan di hadapan Pejabat Polis Diraja Kuala Selangor bebrapa ketika sebelum diserahkan ke Muzium Negara…

Keris Tua Dijumpai.

Pada 23 September, 1976, En. Husain bin Omar dalam perjalanannya mendaki Bukit Selangor, kerna tugas sebagai mandur Majlis Daerah Kuala Selangor dengan tidak semena-mena matanya tertumpu pada sebilah keris yang terpacak di pangkal sepohon Jejawi…

Keris yg dijumpai pada hari Khamis itu disimpan dan dibalut dengan kain hitam… Pada malamnya Husain bermimpi supaya keris tersebut diserahkn kepada seseorang yang berketurunan raja yang boleh dipercayai… Keesokan harinya En. Husain menyerahkn keris itu kepada Raja Nasron bin Raja Ishak, ketika itu selaku Ahli Dewan Rakyat Kuala Selangor…

Sebelumnya Husain menyerahkn keris tu, Raja Nasron telah menyimpan sebilah keris pusaka dari ayahandanya… Oleh kerna keris itu telah lama, Raja Nasron telah menggantikn hulu dan sarung yang lama kepada yang baru, disamping menyimpan sarung dan hulu yang lama..

Setelah mendapat keris pemberian En. Husain itu, Raja Nasron pun cuba menyarungkan kepada sarung dan hulu yang lama yang di dalam simpanannya.

Seminggu sebelum En. Husain menyerahkn keris yang dijumpai kepada Raja Nasron, Raja Nasron ada bermimpi iaitu sebagai Wakil Rakyat..setiap hari beliau didatangi oleh orang ramai di pejabatnya kerna mengadu hal dan meminta nasihat. Di antara orang ramai yang menemuinya paling akhir ialah sorang orang tua berpakaian serba hitam, berukuran tinggi tidak kurang dari 7 kaki. Di kepalanya terbelit sehelai kain semutar atau tengkolok… Dengan cara hormat dan takzim dia merapati Raja Nasron…

Bile ditanya, orang tu menyebut bahawa dia datang dari Bukit Kuala Selangor… Kedatangannya meminta agar Raja Nasron meneruskan perjuangannya menentang kader2 komunis…

Selesai sahaja orang tua tu memperkatakn dialog tersebut dia pun hilang dari pandangan… Sewaktu dia melangkah pintu pejabat tu dia berpesan, “Patik akan datang menemui Engku lagi”, Raja Nasron pun terjaga…