Daulat Tuanku…Daulat Tuanku… Daulat Tuanku…

Patik Merafak Sembah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Merafakkan sembah penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan Beraja, memperku…kuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa.

Semoga Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat.

Sembah Takzim daripada:
Seluruh Warga Pendokong Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu
04 Jun 2011