Pada 18 April 1877, mesyuarat pertama Majlis Negeri Selangor telah diadakan. Majlis seperti ini merupakan majlis pertama terbentuk di negeri Selangor dan Tanah Melayu amnya.Majlis ini dianggotai oleh ahli-ahli yang dilantik dengan persetujuan Sultan dan terdiri dari kerabat-kerabat diraja yang mewakili orang-orang Melayu, wakil-wakil orang Cina dan dua orang Inggeris.

Mesyuarat diadakan tujuh kali setahun. Majlis ini diwujudkan sebagai badan penasihat kepada pemerintah dan pentadbiran negeri, mempunyai kuasa perundangan bagi memutuskan tuntutan, rayuan mahkamah dan memutuskan hukuman mati di samping mempunyai kuasa meluluskan undang-undang dan peraturan dalam negeri. Mailis ini juga berkuasa melantik penghulu, kadi, pentadbir, pemungut cukai, pemilik tanah dan lain-lain berkaitan dengan pentadbiran Kerajaan.

 Sumber : Arkib Negara