Baginda Raja Payung Negeri,
Harum Nama Serata Negeri,
Darah Pejuang Keluhuran Diri,
Doa Rakyat Mengiringi Duli.

Warisan Negeri Jangan Cemari,
Kisah Dahulu Harus Insafi,
Jangan Kerna Harta Duniawi,
Saudara Sendiri Membawa Diri.

Gagah Berani Gelaran Diri,
Berbadan Raja Berjiwa Pertiwi,
Di Buang Negeri Hidup Menyepi,
Kasih Saudara Sepanjang Hari.

Tanah Bertuah Tumpah Darah,
Mohon Simpati Ingin Kembali,
Berkat Kesungguhan Anak Buah,
Ke Negeri Perak Akhirnya Kembali,
Bertemu Keluarga Yang Di Kasihi.

Walaupun Tidak Bergelar Paduka Sri Lagi,
Namun Rela Mencurah Bakti,
Kisah Baginda Harus Di Hayati,
Menjadi Benteng Generasi Kini,
Memelihara Institusi Keluarga Di Era Ini.

Jangan Kita Lupa Diri,
Kisah Baginda Harus Di Selami,
Segala Terjadi Hikmah Ilahi,
Semoga Kita Dapat Memahami,
Perjuangan Baginda Untuk Pertiwi.

Warisan Jua Penyambung Tradisi,
Memelihara keluarga Semesti Pasti,
Jangan Sejarah Berulang Kembali,
Hilang Keluarga Akhirnya Kita Jua Rugi.

***
Anak Buah merujuk kepada Almarhum Paduka Sri Sultan Alang Iskandar Shah

****
Andai Nurkilan yang kurang bijak, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada Saudara Mara, Kerabat Serumpun dan Handai Taulanlah jua pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.