Versi dari Blog maswafi.blogspot.com
Sungkai mengikut ilmu asal-usul* ada kaitan dengan keturunan Sultan Perak sekarang. Mengikut ceritanya pada masa lalu terdapat seorang bayi perempuan hanyut kat sungai Sungkai di atas buih lalu diambil orang kampung lalu dinamakan Puteri Buih. Lalu suatu hari Sultan Perak meminang Puteri Buih, namun terdapat masalah kerana Puteri Buih ni kononnya datang dari keluarga bunian. Setelah perbincangan diadakan antara pihak sultan dan Panglima Hitam (bunian) maka 2 syarat telah ditetapkan untuk menghormati tempat datangnya Puteri Buih ini. 2 syarat tersebut ialah keturunan sultan tidak boleh minum air berpunca dari mukim Sungkai dan kedua tidak boleh memijak tanah di Sungkai tanpa beralaskan kain kuning.

Versi kite yang di ceritakan oleh Nenda kite akan kite susuri kelak.

cerita puteri buih.
Terdapat sepasang suami isteri yang mana si suami yang bernama Laksamana Raja Tua pun sering belayar. namun semasa pelayaran tersebut bahtera laksamana tersangkut pada sebatang tiang (Berdekatan Kg. Tiang Bertarah), setelah melihat akan ianya, laksamana cubalah untuk mencabut tiang tersebut namun di tiang tersebut terdapat sebilah keris, lalu laksamana pun mencabut dan mengambil keris tersebut dan selepas itu kapal yang tidak dapat bergerak. Bergerak seperti biasa dan terus meneruskan pelayaran, setelah lama belayar, Laksamana pun pulang kediamannya, didalam masa yang sama semasa laksamana menjumpai keris tersebut, isteri beliau yang sering pergi ke muara sungai, melakukan kerja harian beliau iaitu membasuh pakaian dan telah menjadi adat orang dulu-dulu, membasuh pakaian mengunakan rakit, semasa sedang membasuh pakaian, di sungai tersebut terdapat gumpalan buih-buih.

Pada awalnya, isteri raja tua sekadar mengkias gumpalan buih tersebut namun gumpalan buih-buih tersebut masih menjadi gumpalan buih-buih semula, lalu di ditelangkup dengan tangan beliau, gumpalan buih-buih tersebut dan meletakkan di atas rakit, lalu di kias akan ianya, maka terkejutlah isteri raja tua, apabila kiasan ke atas gumpalan buih tersebut terdapat seorang bayi perempuan, lalu di bawa balik ke rumah.

Semasa pulang ke rumah isteri Raja Tua, bertanya kepada Raja Tuan, apa yang abang (Mike) dapat pergi berlayar, “ maka di jawab oleh Raja Tua, nie hah, sebilah keris.
Lalu di tanya balik oleh Raja Tua apa yang mike dapat duduk di rumah maka dijawab oleh isteri raja tua, “ tue hah yang dalam buiyan, lalu di jenguk oleh Raja Tua didalam buiyan tersebut “ lantas ditanya bagaimana bayi perempuan tersebut diperolehi , maka di ceritakan kisah tersebut. Apa bila bayi tersebut meningkat remaja maka diserahkan puteri buih berserta keris kepada Raja yang memerintah Negeri Perak.

Maka puteri buih (nama puteri buih tidak kite ketahui) tersebut dikahwinkan dengan anak raja yang memerintah lalu dari perkahwinan ini lahirkan Raja-Raja Pemerintah Perak yang Berdaulat dan sebagai tanda asal usul warisan raja tersebut, warisannya tidak dibenarkan menjejaki tanah sungkai tanpa beralahkan kain kuning dengan penuh adat istiadat raja, jika turun jua maka ribut yang menyambut ataupun lain-lain yang tidak dapat kita nyatakan di sini, Sesungguhnya itu semua dari keizinan dan kehendak ilahi jua. Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Namun apa yang kite di maklumkan bahawa, titisan dari Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Murshidul’adzam Shah dari Warisan Puteri Buih atau lebih dikenali dengan panggilan Kerabat Sungkai, Perak.

Berkemungkinan kata Atuk kita, Nenda Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Murshidul’adzam Shah lah yang telah berkahwin dengan Puteri Buih, kerna itulah Warisan Sultan Idris mempunyai Aulah Diraja yang sebenar. Waulah Wallam..