Tags

SUltan Abdul SamadDiberi nama sebagai Raja Abd Samad Bin Tengku Panglima Besar Raja Abdullah. Dengan kehendak ilahi Yang Maha Esa, Di angkat darjatnya untuk menjadi pemerintah di Yang Dipertuan Negeri Selangor.

Baginda sebelum ini bergelar Tengku Panglima Besar Selangor mengambil gelaran selepas kemangkatan ayahandanya. Setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah sekitar tahun 1857. Negeri Selangor tiada Yang Dipertuan dan Raja Jumaat telah menjadi Pemangku Raja selama 2 tahun. Perlantikan baginda sebagai Sultan Selangor Ke 4, adalah hasil dari desakan dan sokongan YAM Raja Juma’at ibni al-Marhum Sultan Ja’afar ‘Ala uddin dari Lukut dan Raja Abdullah dengan mendapat persetujuan dari 4 orang pembesar negeri yang lain memandangkan almarhum merupakan warisan terdekat kepada Sultan ketiga Selangor iaitu Sultan Muhammad Shah yang mangkat tanpa mewasiatkan siapa bakal menjadi pewaris kepada kesultanan Selangor Seterusnya. Maka berlaku pertikaian antara istana dan pegawai untuk memilih sultan berikutnya. Raja Muda Mahmud, Putera Gahara Almarhum Sultan Muhammad pada masa itu terlalu muda untuk di angkat menjadi Sultan.

Maka baginda dikenali dengan gelaran Paduka Sri Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Raja Lumu (Sultan Salehuddin Shah-Sultan Selangor yang pertama) Ibni Almarhum Upu Daeng Celak@ Raja Tua (Yamtuan Muda Riau yang kedua) Ibni Opu Ten Ri Burang Daeng Rilaga.

Sultan Abdul Samad. SULTAN OF SELANGOR, KERIS BERUK BERAYUNBaginda di puterakan di sekitar 1811, di Bukit Melawati, Kuala Selangor tetapi sebaliknya berpindah ke Jugra, Kuala Langat setelah menjadi Yang Dipertuan Selangor. Baginda telah mangkat pada 6 Februari 1898 ketika berusia 93 tahun dan memerintah Negeri Selangor selama 41 tahun dan di makamkan di Makam DiRaja Jugra. Kuala Langat. Sebelum menaiki takhta Selangor, baginda memegang gelaran Tengku Panglima Besar dan berkuasa di Kuala Langat.

Zaman pemerintahan baginda merupakan zaman pergolakan perang saudara, merebut takhta kerajaan dan kawasan oleh anakanda raja bergelar. Semasa pemerintahan baginda telah melantik menantunya iaitu Tengku Dhiauddin atau dikenali sebagai Tengku Kudin menjadi ‘Wakil Mutlaknya’ memerintah Negeri Selangor. Kuasa Tengku Dhiauddin ini tidak diakui oleh pembesar-pembesar negeri terutama Raja Mahadi yang menganggap Tunku Kudin sebagai orang dagang.

  1. Dianugerahkan Order of St Michael dan St George (KCMG) yang membawa gelaran Sir.
  2. Sultan Abdul Samad adalah ahli Durbar pertama, yang diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak.
  3. Semasa pemerintahan, Semenyih dan Beranang serta Broga dimasukkan ke dalam sempadan negeri Selangor. Sementara Lukut dikeluarkan dari jajahan negeri Selangor, diserahkan kepada Negeri Sembilan. Waris Sungai Ujong Dato ‘Kelana Sungai Ujong pada 30 Julai 1880 namun tidak mempersetujui akan ianya, akan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.
  4. Dalam masa pemerintahan, perusahaan bijih telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar pemiagaan yang penting hingga telah menarik orang-orang Cina untuk membuka lombong bijih bersama-sama dengan orang Melayu. Pada zaman itu juga, Kerajaan Inggeris telah campurtangan di dalam Negeri Selangor dan telah meletakkan seorang Residen British iaitu J.G. Davidson di selangor
  5. Memperkenalkan bendera dan jata negeri selangor serta membentuk Majlis Mesyuarat Negeri pada tahun 1877 berdasarkan kaedah barat dan mengikut panduan Residen Inggeris pada masa itu iaitu Bloomfield Douglas.

Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri yang pertama ialah Tunku Kudin dan ahli-ahlinya iaitu:-

1. Kaptain Bloomfield Douglas
2. Raja Kahar, Putera Sultan Abdul Samad (Raja yang menjaga Kajang)
3. Tengku Panglima Raja Berkat (Raja yang menjaga Kanchong)
4. James Innes (Pemungut cukai tanah dan Majistret Langat)
5. Taukeh Yap Ah Loy (Kapitan Cina di Kuala Lumpur)
6. Saiyid Zain (Wakil dan Pengurus Kebun-kebun Tengku Kudin)

Majlis Mesyuarat Negeri bersidang buat pertama kalinya di Klang pada 11 Jun, 1877 dan persidangan kali kedua telah diadakan pada 25 Jun 1877.

Sultan Abd Samad, yang dapat dikategorikan sebagai seorang Sultan yang berdaulat, Berjiwa Rakyat dan berjiwa kental dalam menyelesaikan sesuatu kepincangan yang melanda Negeri Selangor

Sultan Abdul Samad suka mencemar duli untuk bersua secara terbuka dengan rakyatnya dan menonton sabung ayam.

Paduka Sri Sultan Abbdul Samad amat malu takkala daerah-daerah didalam negeri Selangor terdiri daripada Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat, Sungai Sepang, Sungai Lukut, Sungai Linggi tidak bersatu di sebabkan pembesar masing-masing. Terutamanya Sungai Bernam dibawah Raja Hitam Bin Raja Unos Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah yang dengan penuh yakin menyatakan bahawa Sungai Bernam adalah milik nya dan merdeka dari Selangor dan jua Perak.

Keperibadian Sultan Abdul Samad yang harus di ketahui.

– Sultan Abdul Samad menerima elaun $1000 daripada British dan tidak menentang, tetapi di Pahang, Sultan Ahmad menentang, kerna mendapat elaun sedikit.
– Sultan Abdul Samad hanya bersemayam di Sungai Langat yakni Jugra, walaupun pihak British telah menyediakan kepada baginda sebuah Istana di Kuala Lumpur. Sebaliknya Sultan Abdul Samad tidak ingin tinggalkan Jugra dan tidak mahu bersemayam di Kuala Lumpur. Namun baginda akan singgah di Istana tersebut seandainya melibatkan hal-hal negeri yang penting seperti pembukaan keretapi di Kuala Lumpur.
– Sultan Abdul Samad sendiri bercucuk tanam dan menyeru rakyat negeri Selangor untuk turut serta dalam erti kata lain adalah Gagasan kearah aktiviti pertanian sebagai mana yang dilakukan oleh anakanda baginda yakni Raja Muda Musa dan Cucuandanya yakni Raja Suleiman kemudian bergelar Sultan Alauddin Suleiman Shah.
– Kaum keluarga erabat diraja selangor suka dengan keperibadian Sultan Abdul Samad yang kasih akan saudara mara dan tidak pentingkan diri. demikian jua rakyat yang menetap di kawasan di Sungai Langat.
– Sultan Abdul Samad sendiri memberi sumber kewangan kepada rakyat untuk bercucuk tanam.
– Sultan Abdul Samad sendiri banyak menggunakan elaun sendiri bagi membuka kawasan pertanian, pembina jalan kaki di Jugra – Bandar Temasya dan kawasan-kawasan di sekitar Sungai Langat.
– Sultan Abdul Samad telah menghulurkan sumber kewangan terhadap mangsa bencana alam di cina dan indonesia turut serta memberikan sumbangan didalam pembinaan Victoria Instituition.
– Sultan Abdul Samad sendiri mencadang dan meluluskan pemberian Elaun kepada Kerabat Diraja Selangor daripada British.

– Kebijaksanaan Sultan Abdul Samad didalam menstabilkan ekonomi negeri selangor ketika akibat tercetusnya perang Klang. Baginda telah membuka Bandar Temasha yang mana ketika perangan saudara berlaku ianya melibatkan seluruh negeri selangor termasuk negeri Perak, Pahang dan Sungai Ujong.

Semasa krisis peperangan saudara Selangor dan Pelantikan Tunku Kudin.

Sultan Abdul Samad tidak memihak kepada Tunku Kudin kerna Pegawai british sendiri menyatakan bahawa Sultan Abdul Samad lebih mementingkan anak beranak dan kaum kerabat diraja selangor.

Didalam perang Klang, sebenarnya, Sultan Abdul Samad tidak terlibat secara langsung dan menyeluruh, kerna baginda membiarkan kaum kerabat baginda sendiri menyelesaikan. Namun Sultan Abdul Samad amat murka sekali dengan Raja Mahadi takkala Raja Lijah, saudara Sultan Abdul Samad dan merupakan suri kepada Raja Abdullah, bersama-sama anaknya Raja Abdul Rahman, datang menghadap Sultan Abdul Samad memohon bantuan supaya menghalang Raja Mahadi.

Maka amanah dan tanggungjawab untuk menghalang Raja Mahadi di berikan kepada Tunku Kudin untuk menyelesaikan kerna Tunku Kudin adalah orang luar dan Raja Muda Kedah, faktor yang membawa Sultan Abdul Samad memberikan tanggungjawab ini kepada orang luar agar kerabat diraja Selangor tidak berselisih faham sesama sendiri akibat perbuatan Raja Mahadi. Dengan jelas ianya adalah kebijaksanaa baginda, yang kasih dan amat mementingkan kaum keluarga kerabat diraja selangor.

Punca berlakunya Perang Klang.

Raja Mahadi yang silap kerna menentang pembesar Klang pada ketika itu iaitu Raja Abdullah. Raja Mahadi tidak bayar cukai kepada Raja Abdullah kerna masih beranggapan yang Klang ni di bawah Raja Sulaiman Ibni Sultan Muhammad Shah. Sedangkan secara sah nya bahawa Sungai Klang adalah di bawah pentadbiran Raja Abdullah. lebih-lebih lagi takkala Raja Abdullah bersurikan Raja Lijah.

Menurut Raja Budu B Raja Haji Ibni Sultan Ibrahim, menyatakan bahawa Raja Haji pernah dilantik sebagai pembesar Sungai Klang selama 25 tahun, kemudian barulah Raja Suleiman dilantik sebagai pembesar Sungai Klang selepas Raja Haji mangkat, dan selepas Raja Suleiman mangkat, baru lah Raja Abdullah dilantik sebagai pembesar Sungai Klang. Maka Raja Mahadi perlu lah mengikut segala dan menerima pentadbiran yang dilaksanakan oleh Raja Abdullah yang telah dilantik oleh Raja Yang Dipertuan Negeri Selangor. Jelas di sini, Raja Mahadi melanggar peraturan raja-raja selangor.

Raja Mahadi yang menyebabkan Raja Arfah putus tunang dengannya kerana tidak menghormati Sultan Abdul Samad kerna diperkatakan bahawa Raja Mahadi berhasrat untuk menjadi Sultan Selangor. Maka Sultan Abdul Samad mengahwinkan Tunku Kudin dengan Raja Atfah demikian lah strategi Sultan Abdul Samad nagi mengawal suasana politik didalam negeri selangor.

Penerimaan masuk British di Negeri Selangor.

Secara peribadi Sultan Abdul Samad sendiri tidak mahu menerima British. Namun terpaksa menerima kerna di ugut dan mempergunakan British demi memajukan negeri Selangor.
British menyatakan bahawa Raja Yaakob @ Engku Alang terlibat dalam perlanunan yang mana british menggunakan istilah ini utk campur tangan dalm pentadbiran Selangor. Sedangkan Raja Yaakob adalah seorang pembesar, maka adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengutip cukai.

Sultan Abdul Samad tidak berdendam dengan Waris dan Kerabat Negeri Selangor yang pernah menentang baginda, seperti Raja Laut Ibni Sultan Muhammad Shah, Raja Mahmud Ibni Sultan Muhammad Shah, Raja Mahmud Bin Tengku Panglima Raja Berkat, Raja Mahadi B Raja Suleiaman dan Syed Mashhor B Syed Muhammad Ash-Sahab malahan baginda memberi kesenangan dan peluang sebagai pembesar di Selangor kepada.

Sultan Abdul Samad menyatakan kepada british supaya membenarkan kerabat diraja selangor berkhidmat dalam pentadbiran sekiranya sesuai.

– Raja Laut sebagai Penghulu Kuala Lumpur, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor dan ahli Saniytary Board Kuala Lumpur.
– Raja Mahmud sebagai Penghulu Hulu Semenyih, dan ahli Saniytary Board Hulu Langat.
– Raja Mahmd sebagai Penghulu Sepang dan seterusnya Penghulu Kuala Selangor.
– Syed Mashhor B Syed Muhammad Ash-Sahab sebagai Penghulu Ulu Kerling.
– adik beradik Raja Mahadi mendapat elaun daripada british berdasarkan perkenanan Sultan Abdul Samad,
antaranya, Raja Daud dilantik sebagai Penghulu di Hulu Langat.

Tidak di nafikan ketika Sultan Abdul Samad diangkat sebagai Sultan Selangor ramai yang tidak bersetuju namun setelah melihat cara pemerintahan baginda maka tanggapan mereka berubah dan kaum keluarga kerabat diraja selangor sendiri mengetahui kekuatan dan peranan DATO’ AMPAT SUKU iaitu Dato’ Aru, Dato’ Pengawa, Dato’ Jeram dan Dato’ Kaya Kechil yang mempunyai KUASA DIDALAM MEMUTUS KATA ketika berlaku KONFLIK TAKHTA NEGERI SELANGOR.

Dato’ Ampat merupakan Pembesar Wilayah Selangor sebelum terbentuknya Kesultanan Selangor yang diberikan oleh Dato’ Ampat kepada Raja Yang Dipertuan Raja Lumu Bin Daeng Chellak.

Paduka Sri Sultan Abdul Samad pernah bertitah :-
Lebih kurang demikian maksudnya. ” Tidak berkenan selain daripada bangsa Bugis menetap di Kuala Langat, tetapi jikalau bangsa lain yang berada di Kuala Langat mereka hanya boleh bekerja dan harus mengikut arahan dari pembesar-pembesar Bugis yang dilantik “

selangorflag

The Flags of Malay Peninsula Journal Straits Branch R.A . Soc. No 75 1917

Sumber :-

  1. Lain-lain sumber yang berhubung kait…
  2. Keputeraan DYMM Sultan Selangor, 10 Mac 1970 – Rengkasan Tawarikh Selangor.
  3. Sejarah Selangor oleh Hj. Buyong Adil, hal 49 -50
  4. Op-Cit, hal 135 -136.
  5. Haji Buyong Adil, Sejarah Selangor, Kuala Lumpur DBP, 1971 h. 75.
  6. Mohamed Amin Hassan, Perang Kelang; A Study of Malay Politics and Personalities in Selangor 1867-1898. (Tisis M. A. Univ. Malaya), Kuala Lumpui-. 197 1, h. 119.
  7. The Journals of J. W. W. Birch, First British Resident To Perak 1874-1876, (ed. P. L. Bums), Kuala Lumpur, Oxford University Press 1976, h. * J M Gullick (2004). A History of Selangor, The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.
  8. “Makna Bendera Negeri Selangor”. Selangor State Government. 2008.
  9. “Kemangkatan Sultan Muhammad Shah Selangor”. National Archives of Malaysia.
  10. Kemangkatan Sultan Abdul Samad Selangor”. National Archives of Malaysia.