Yang Dipertuan Muda Selangor

Jata Peribadi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor

Raja Muda Musa merupakan Ayahanda kepada Raja Yang Dipertuan Selangor – Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah yang amat terkenal sebagai seorang Raja Bertaraf Ulama dan Kasihkan Rakyat. Maka tidak hairanlah keperibadian baginda sedemikian kerna almarhum ayahanda baginda sendiri telah menjelaskan perwatakan yang amat di sanjungi oleh sekalian rakyat negeri sebagai seorang Raja Muda yang Berjiwa rakyat dan mementingkan agama.

Belum ada sumber yang sahih, bertulis menerangkan tarikh keputeraan almarhum Raja Muda Musa dengan tepat melainkan menyatakan bahawa ketika ayahandanya iaitu Paduka Sri Sultan Abdul Samad menaiki takhta kerajaan Selangor pada tahun 1857. Raja Muda Musa berusia lingkungan belasan tahun.

Ini dijelaskan oleh Captain Macpherson selaku Resident Councillor Melaka ketika melawat Selangor sekitar tahun 1860, didalam laporannya menulis bahawa di kala itu almarhum Raja Musa berusia lebih kurang 15 tahun. Berasaskan kenyataan ini dapatlah dianggarkan bahawa almarhum Raja Muda Musa telah diputerakan lebih kurang dalam tahun 1845.

Pada l6 Mei 1875, Almarhum Sultan Abdul Samad telah melantik putera baginda Raja Musa sebagai Yang Dipertuan Muda Selangor bergelar Raja Muda. Sejak itu almarhum lebih dikenali sebagal Raja Muda Musa. Raja Muda Musa memegang gelaran dan peranan sebagai Yang Dipertuan Selangor sehingga kemangkatan baginda pada 7 Julai 1884 bersamaan 13 Ramdhan 1301 Hijrah. Raja Muda Musa merupakan putera sulung Raja Yang Dipertuan Selangor Paduka Sri Sultan Abdul Samad. Raja Muda Musa sememangnya amat di geruni oleh pihak Inggeris. Pihak Inggeris menjelaskan bahawa baginda seorang yang degil dan keras hati.

Tidak hairanlah mereka berpendapat demikian kerana almarhum bukan boleh dipengaruhi oleh mereka. Baginda jua digeruni oleh pihak penjajah kerana memiliki perwatakan yang agak bengis dan mengerunkan. Tetapi hampir kesemua mereka memperakui bahawasanya Raja Muda Musa seorang Muslim yang alim dan tegas. Baginda jua adalah seorang yang amat rajin dan sering berkebun didalam mengusahakan kebun kelapa di Bandar Temasha, Kuala Langat.

Gambaran yang amat jelas mengenai keperibadianbaginda hasil dari coretan seorang pengembara (wanita) Inggeris yang pernah bersua dan berbual baginda dalam bulan Feb 1879 di jelaskan didalam buku pengembaraannya.

Raja Musa, seorang Melayu yang kelihatan sangat ganjil, seorang muslim yang tegas, yang dikenali, kata Resident, pernah mengatakan iaitu apabila menjadi Sultan, akan mengusir orang-orang putih ke dalam laut”. Raja Musa bekerja keras, sebagal contoh kepada orang-orangnya, sewaktu bekerja berpakaian seperti seorang buruh.

Raja Musa sangat gemar menyabung ayam dan lain-lain hiburan Melayu, seorang yang ingin membawa pembaharuan dan seorang yang keras kepala, seorang yang sangat berazam dan kata-katanya itu nampaknya agak digeruni oleh Resident, sebagai yang diagakkan iaitu beliau akan menjadi lebih daripada hanya seorang Raja Boneka.

Beliau ialah seorang Haji dan memakai serban yang dibuat dengan berela-ela kain khasah yang sangat mahal dan bersulam dengan sutera, berbaju putih, berkain putih panjang dan seluar putih – pakaian yang sungguh cantik bagi seorang orang Timur. Raja Musa berjabat tangan denganku)

Sumber :
Sumber-sumber yang boleh di percayai
SMK Raja Muda Musa