Pada tahun 1681, Dato Dagang Seri Jana telah meminta kebenaran Belanda untuk menggunakan Dinding (Pulau Pangkor) sebagai tempat berkumpul orang-orang Bugis daripada Kelang yang akan membantu beliau melawan abangnya Sultan Kedah – Sultan Dhiauddin Mukarram Shah.

Peristiwa perebutan kuasa ini merupakan peristiwa perebutan kuasa yang paling awal di kalangan kerabat Diraja Kedah.
Di dalam usaha Dato Dagang Seri Jana ini beliau mendapat bantuan daripada 150 orang Bugis daripada Selangor bagi membantu beliau melawan Sultan yang merupakan abang kepada beliau.

Namun begitu usaha yang beliau jalankan ini tidak berjaya mengalahkan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah yang memerintah Kedah di antara tahun 1661 – 1687. Bugis merupakan kuasa asing yang pertama terlibat di dalam perebutan takhta di negeri Kedah. S

Segala percubaan untuk merampas takhta ini gagal kerana adanya sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pembesar dan rakyat jelata kepada Sultan Dhiauddin Mukarram Shah.

Sumber : Arkib Negara