Pada hari ini dalam 2001, Tengku Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj telah dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor Ke-9 dalam majlis penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri Istana Alam Shah. Dengan pemasyhuran itu, Tengku Idris, kini bergelar Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj. Pemasyhuran diadakan berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur.

Istiadat pemasyhuran diraja bermula pada pukul 3 petang dengan Tengku Panglima Diraja Selangor selaku Ketua Istiadat Diraja, Tengku Sulaiman Shah; Tengku Aris Temenggong, Tengku Muhamad Yusuf Shah dan Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Datuk Abdul Rani Datuk Shamsuddin menyembah menghadap dan menyerahkan Keris Panjang Diraja kepada baginda. Ini diikuti oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dengan diiringi Orang Kaya Maha Bijaya Sepang, Datuk Redwa Raja Tun Uda dan Tan Sri Mohd Azmi Kamaruddin menyembah menghadap untuk membacakan perisytiharan pemasyhuran Sultan Selangor Ke-9.

Sultan Sharafuddin Idris Shah diputerakan di Istana Jemaah pada 24 Disember 1945 dan merupakan seorang raja yang berpengalaman dalam pentadbiran.

Pada 22 November 2001  bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah dimahkotakan sebagai Sultan Selangor Ke-9 dalam istiadat gilang-gemilang di Balairong Seri Istana Alam Shah di Bandar Diraja Kelang. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda adalah putera sulong DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945.

Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah. Baginda telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda berangkat ke England.

Baginda telah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11.

Sumber ; Arkib Negara