Mengenai ini baginda menulis dalam bentuk puisi yang terdiri daripada 22 bait empat-empat rangkap. Sebagai contoh, beberapa bait antaranya ialah:

Tuntutlah Ilmu Akhirat Dunia,
Hidup Matimu Dapat Bahagia.
Ke Manamu Pergi Jadi Mulia,
Tidaklah Hidup Sia-Sia

Pergi Sekolah Janganlah Segan,
Ilmu Agama Jangan Dilupakan
Sama Dituntut Sama Amalkan,
Dua-Duanya Sama Muliakan.

Agama Islam Amat Sebenar,
Peraturannya Cukup Benar.
Tetaplah Padanya Jangan Nanar,
Beroleh Kebajikan Yang Bersinar`

*Puisi yang mengandungi pemantapan pengenalan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. di atas baginda tutup dengan beberapa bait, katanya,

Sekadar Ini Rencananya Disurat,
Supaya Ingat Jangan Melarat.
Menghafaz Membaca Janganlah Berat,
Iman Di Dada Akar Berurat.

Cinta Ibu Harus Diingat,
Bapa Berharap Beserta Sangat
Anak Yang Soleh Jadi Semangat,
Setiap Waktu Setiap Saat.

Harap Ibu Orang Yang Cinta,
Bapa Dan Kaum Pula Serta.
Anak Berilmu Alim Pendeta,
Biarlah Habis Wang Harta “.

Karya di atas juga telah disemak oleh Tengku Mahmud Zuhdi al- Fathani. Selain memuji kandungan karya, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani juga memuji baginda sultan